Pages

Sunday 5 February 2012

Bersabarlah Duhai Hati...


Allah jadikan sesuatu itu bersebab dan berhikmah. Tidak seperti manusia, hikmah dan sebab yang cuba disampaikan tidak sempurna, tak mampu difahami, sering disalah tafsir dan sebagainya. Namun Allah takkan biarkan ia terus berlaku. Allah kan padamkan salah sangka. Allah kan padamkan kelemahan. Allah berhak tambahkan kefahaman.

Bila manusia bertemu kekuatan, yang remeh perlahan-lahan terhapus. Yang tersirat perlahan-lahan buat kita tersenyum. Yang kita takut dan runsingkan juga perlahan-lahan sedarkan kita, bahawa ia belum selesai. Ia belum berakhir. Namun, ia perlukan masa. Kerana kadangkala, hikmah dan sebab kita belum cukup untuk nampak seperti kita mahukan keredhaan-Nya.

Konsep kesempurnaan seorang manusia tidak sama dengan kesempurnaan Allah swt. Kesempurnaan kita perlu ditemankan hati yang baik. Mujahadah yang betul. Waktu yang tepat. Istiqamah yang sentiasa. Dan yakin yang penuh.

Belajar mencontohi Baginda saw, kerna ia sumber kekuatan dan kesabaran. Belajar mentafsir dari Kalam Maha Mulia, kerna ia sumber ketenangan dan semangat. Manusia sering tersilap. Manusia kadang-kadang melampau.Itu fitrah.

Duhai pemuda yang terkenal kerana kesabaran, duhai gadis yang terkenal kerana kelembutan!!Teruskan berjuang memperbaiki diri. Kerna takdir terletak di hujung sebuah usaha.





=)
arthantawi
- apabila sabar adalah kunci segala keburukan -

Friday 3 February 2012

Relung Hati 6

Allah sentiasa memeluk hati hamba-Nya. Yang sentiasa sedar dirinya lemah. Yang sentiasa waham dirinya tak mampu hidup tanpa Tuhannya. Yang juga, sentiasa pasti. Bahawa jodoh itu ditentukan oleh rahmat Tuhannya, bukan semata usaha dan keputusan dua jiwa.
Saat tarikh itu,
Aku tuliskan apa yang aku pendamkan,
Lebih dari apa yang aku bisa bisikkan,

Mungkin ini makna sejati,
Mulanya bersama Ilahi,
Gembiranya bersama Ilahi,
Dukanya bersama Ilahi,
Dan bertemu berpisahnya bersama Ilahi,

Sering kukatakan ia padanan usaha dan keyakinan,
Dan ia takdir terindah buat hamba-Nya yang beriman,

Mungkin kerna itu,
Takkan mungkin hati ini rasa menjauh,
Pada sebuah tingkatan pembaikan diri,
Menuju sempurna agamaku di sisi,

Usah berhenti duhai hatiku,
Usah bersedih duhai hatiku,
Usah kembali yakin duhai hatiku,
Dan teruslah berdoa duhai hatiku,

Agar tanda aras diriku,
Bertemu pada tepatnya waktu,
Hapus segala tersirat melulu,
Demi sempurna haya' dan maluku,



arthantawi
30 Januari 2012