Pages

Friday 29 July 2011

Aku menanti cinta terpelihara : Sukarnya kerana keindahannya


" Betapa indah sebuah kesabaran
Tatkala tak kulihat wajahmu yang menawan
Jika suatu hari atau pada saat tertentu
Dunia dijual, betapa tinggi harganya..."

(Syair Arab)

Bersabarlah saat menanti. Kerna ia sebuah keindahan. Dan masa akan sentiasa berlalu. Bergerak pantas tanpa tuju. Allah yang menggerakkan waktu. Sampai suatu saat, segalanya akan berakhir. Berakhir bererti tamat sebuah cerita. Buat mereka yang menjaga jiwa dan anggota, beruntunglah. Dan yang sebaliknya pula, turut sama termasuk di dalam sebuah cerita. Kerna sekeping hati yang penuh percayanya pada Allah Maha Pencipta. Bahawa cinta itu kebaikan. Yang butuh sepenuh kepercayaan jiwa dan raga.

" Di Tangan Engkaulah segala kebaikan. "

(Al-Imran, 26)

Dan manusia itu akan sentiasa menanti. Saat yang seharusnya umum setiap manusia bernama hamba menunggu. Bertemu Rabbil Izzati. Bertemu wajah cinta nan suci. Betapa sukar detik-detik sebelumnya. Betapa jatuh dan bangun setiap hamba. Bernafas pada udara yang diciptakan Allah. Sungguh, ia anugerah terindah.

" Dan Dia memberi balasan kepada mereka dengan syurga dan pakaian sutera. "

(Al-Insaan, 12)

Dia kirimkan utusan. Di kiri dan kanan. Saat hamba terpandang suatu cahaya, maka beruntunglah ia. Dan andai sebaliknya, sungguh percayalah. Bahawa ia butuh waktu yang lama untuk kembali membelek kusam-kusam hati. Dan berbezalah mereka yang mejaga hati demi menanti sebuah cinta yang sejati.

Namun, saat hati sedang menanti. Begitulah lumrah seorang hamba. Ingin dikurniai sebuah cinta. Ia mahu zahirnya halal. Ia mahu batinnya terindah. Titip-titip kesabaran jadi ubat. Kiri dan kanan sentiasa utusan menemani. Namun taqwa dan iman sahaja mampu memegang. Untuk sentiasa masuk ke catatan kanan.

" Mereka katakan, jangan biarkan pandangan mata
Dua mata yang bertatap tentukan berpandangan
Bertukar celak mata adalah hal yang binasa
Jika pandangan itu dengan menjaga perasaan...."

(Syair Manaqib al-Syafi'e)

Hati itu lembut. Hati itu menyerahnya mudah. Hati itu sudah tentu mudah menangis. Ramai hamba menangis. Kerna hatinya menanti sebuah cinta. Kerna kesedaran menanti cinta halal itu terbukti berduri ranjaunya. Kerna Allah jualah yang membolak balikkan hati. Kerna Allah jualah cinta itu berhak untuk menanti. Betapa cinta itu lumrah. Betapa solat itu imarah. Untuk menghilangkan kelaparan.

" Kesukaanku dijadikan di dalam solat dan aku dijadikan meyukai wanita serta wangian. Orang yang lapar kenyang dan orang yang dahaga dapat minum sepuasnya. Sedangkan aku tidak kenyang kerna mencintai solat dan wanita. "

(Dipetik dari Sohih Muslim)

Menangis sekeping hati. Saat hamba bertemu rasa sebenarnya. Pada titik sebuah cinta. Pengharapan dan keyakinan yang menebal. Bangitkan cahaya yang kusam kan menjadi terang benderang. Lalu berpautlah pada ayat-ayat cinta dari Tuhan Penguasa Cinta. Penuh isi. Penuh hikmah. Cukup benar, demi menanti sebuah cinta.

Demi cinta yang terpelihara, berjuang untuknya tak harus berkurang. Malah bertambahnya ia pada kualiti berbanding kuantiti. Menyesakkan jiwa bisa bangkit sebuah rasa yang takkan termampu dihurai dek kata. Mereka menegur, dia tersenyum. Mereka membantah, dia berhikmah. Mereka berbuat zalim dia kan berdakwah. Membaiki zarah-zarah kecil pada pasak hati. DEMI dan HANYA cinta sejati.


" Seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka, iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan. "

(Al-Sajadah, 17)

Ayat-ayat cinta, takkan pernah tertelan dek zaman. Bahawa janji Allah adalah sentiasa pasti. Cinta tidak harus memiliki. Cinta itu harus dibiar seri. Ditambah baja-baja hijrah dan istiqamah. Lalu nawaitu meluruskan iktikad. Dan terus, bertemulah titik cinta sejati. Yang sebelumnya dipenuhi rahsia.

Cinta sejati sentiasa rasa dekat di hati. Kerna istikharah berbisik sepi. Untuk mereka yang sangsi. Telah bertasbih doa, bahawa harusnya Allah kurniakan pengakhiran. Yang terbaik buat diri. Yang terbaik untuk kini dan selamanya. Itu isi yang terpateri. Pada sebuah janji yang berzikir sambil menanti.

" Apakah Allah menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu zahirkan dan rahsiakan), Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui. "

(Al-Mulk, 14)

Takkan menghilang rasa di hati. Andai sentiasa hati mahu nama bersemi. Pada sujud sebuah cinta. Pada tetap sebuah usaha. Pada yakin sebuah janji. Dan pada sabar pada goda di sisi. Berjuang hamba memperbaiki diri, bukan untuk si dia yang dinanti. Berjuang hamba pada Ilahi, demi jadi hamba sejati. Betapa indah tiada terperi, sebuah cinta yang menanti.

" Allah berfirman, ' Aku telah menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang salih apa-apa yang belum dilihat mata dan didengar telinga serta tidak terlintas di dalam hati manusia, tidak seperti yang kalian pernah lihat. "

(Hadis al-Bukhari, Muslim dan Tarmidzi)

arthantawi

6 comments:

. NURILLAHEE . said...

cinta sejati hakikatnya milik Ilahi, dan manusia tidak perlu mencari, kerana andai diri tulus mencintai Tuhannya, Dia sendiri akan menyatukan dua hati.

Fadhlul Rahman said...

Syukran..namun mungkin tak salah untuk mencari..melalui syariat yang penuh keindahan..
Insya Allah, takdir manusia timbulnya di hujung usaha dua hati yang suci..

Amin..

tieya fathiyah said...

alhamdulillah..sgt bererti entri ini..janji Allah adalah sentiasa pasti!.. teruskan perjuangan juga...:)

Fadhlul Rahman said...

Syukran, demi cinta Allah dan rasul, segalanya mungkin..

Amin, insya Allah..

Anonymous said...

"jangan kau kira cinta datang dari keakraban dan pendekatan yang tekun, cinta adalah putera kecocokan jiwa, dan jikalau itu tiada cinta takkan pernah tercipta dalam hitungan tahun bahkan millenium (khalil ghibra)" terimakasih postingaanya sangat berarti dan izin untuk dipublis di blog saya, salam www.qolbussalam.wordpress.com

Fadhlul Rahman said...

Masya Allah. Syukran. Benar. Cinta adalah permata antara sebuah keterikatan yang cocok jiwanya, tanpa terhitung dek tahun. Kerna itu Luh Mahfudz itu telah nukilkan nama manusia-manusia yang secocok. Terpulanglah pada intuisi dan sejauh mana pemuda dan gadis mampu persiapkan segalanya. Blog anda sangat dalam dan jauh. Tersentuh dengan penulisan. Selayaknya diikat dengan nama 'Qalb' itu...=)

Post a Comment