Pages

Saturday 29 December 2012

Tasbihat Cintaku..

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku lukiskan dalam diam..
Bahawa hatiku butuh sebuah penghargaan..
Yang dijaga dan menjaga..
Mata dan hati bernama hamba..

Istikharahku kian jelas berbicara..
Bahawa inilah keharusan..
Mencari yang lebih kekal dan hampir..
Sedekat-dekat telingaku..
Takkan pernah jatuhkan aku..
Takkan pernah lemaskan aku..
Bahkan memeluk diriku penuh rindu..

Melepaskan bisikan yang berharap..
Biar sunyi selamanya sunyi..
Hati aku takkan dimiliki..
Kerna jiwaku yang mengingini..
Melepaskan bisikan yang berderap..
Suci tanpa hubung..
Sirna bersama cinta Agung..

Allahurabbi..
Allahurabbul Izzati..
Pemilik hatiku..
Istikharahku menetapkan segala..
Bahawa kanku lepaskan segala..
Lalu tawakkal penyambung cerita..

Menitislah air mata..
Kujatuhkan penuh bahagia..
Kuusap penuh rela..
Pada cintaku terpelihara..
Hadirnya dengan izin Maha Kuasa..

Kerna cinta yang lebih terutama, maka melepaskan bisik harap umpama mendekatkan doa istikharah. Kerna yang menyepikan suara. Bisa bertemu dengan izin-Nya. Tanpa terduga. Itu cinta terpelihara.


doasepi
- 25 Disember 2012 - 






Tuesday 18 December 2012

Keindahan Cinta : Kerna Tuhannya

Sentiasa hati itu berbicara. Pada Tuhan yang menjadikan perasaan yang terpelihara. Ia tertutup bersama sepi. Ia terpendam bersama kalam. Tika sedang tapak-tapak menyusun langkah. Membina sebuah harapan. Kesempurnaan dan keterikatan jiwa bersama Tuhan. Hanya sendu menemani. Dalam gelap malam yang mendiam. Tanpa ganggu hamba yang berbeda. Tanpa kacau hiruk dunia yang terleka.


Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-Nya, ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari JENISMU SENDIRI, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.

Ar-Rum, 21

Gugus air mata menjatuh lagi. Mengalir sambil mengusap pipi yang kering. Sudah lama ia kontang. Asyik dengan ibadah-ibadah dunia. Sehingga lupa soal rasa. Sehingga lupa lumrah sebuah fitrah. Sejuk air itu. Beku dan dingin. Memeluknya bersama bicara dengan Tuhan. Yang menjentikkan soal cinta. Yang meniupkan rasa yang tak mampu terungkap dek bait novel. Yang tidak bersifat sementara. Seperti picisan mereka yang melafaz sebelum akad. 


Dijadikan INDAH pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).

Al-Imran, 14

Sering benar. Acap benar. Memohon penuh kerdil pada Tuhannya. Bahawa biarkan sahaja rasa itu. Tertancapnya dikebalkan dek dzikrullah. Yang membaja lembut. Memegang sosok jiwa sang pemuda. Yang butuh cinta selepas nikah. 

Biarkan sahaja cerita itu. Berbahagia tanpa kedekatan yang berapi. Hanya doa yang memangkin harap sekeping jiwa. Berlari dan terus berlari. Dari zina hati. Melihat kesejukan sejarah agung. Baginda dan Khadijah. Ali dan Fatimah. Dan Wildan dan Mardhiah. Hanya terus akan berharap. 

Sesungguhnya hawa nafsu ialah suatu bentuk keinginan yang tidak terpuji. Adapun keinginan yang TERPUJI adalah datangnya daripada panduan Allah s.w.t, yakni kekuatan ataupun dorongan yang menyebabkan manusia mahu menggerakkan dirinya untuk mendapat sesuatu perkara yang bermanfaat, sama ada untuk dirinya, keturunannya ataupun kedua-duanya sekali.

Imam Al-Ghazali

Dan mencarilah jalan cahaya yang bermanfaat. Menafilah duri onak yang mencanak. Biar lagu itu ada akhirnya. Biar aksara itu ada nokhtahnya. Kerna yang tidak berakhir umpama memendam tanpa rasa. Menusuk setiap detik. Luluhnya tak mampu dirasa sama. 

Suatu masa itukan tiba. Menuliskan yang terbaik untuk yang terbaik. Yang menjaga penuh setia. Yang memendam tanpa zina. Yang akhirnya mampu bertemu Tuhan Penguasa Cinta. Pujangga manapun, takkan pernah kisah. Ada apa dengan cinta Adam dan Hawa. 

Qalbu itu diteladani dari puncak rasa yang bercinta. Berharapnya penuh. Yakinnya tak pernah tergugah. Kerna DEMI dan HANYA Tuhan. Beda itu kan bangkitkan persoalan. Tentang nawaitu dan tanggungjawab. Tentang manikam dan jauhari.

Andai benar ia tertulis. Andai benar terukir. Ialah cinta yang terjaga. Batasnya dan gaulnya. Tika yang biasa mencebik muka. Jumud kata mereka. Namun redha Tuhan memayungi kita. Engkau dan aku.


Aku diamkan diri. Juga Engkau turut sama. Kerna kita tak pernah merasa pasti. Kerna kita masih banyak amanah harus diisi. Sebelum benar, cinta ini kan terjalin suci. 



doasepi
- melihat langit malam akan sentiasa kuberair mata -











Friday 14 December 2012

Lekang Cinta Palestina

Seminggu juga. Benar-benar cuba mengerti. Menyelami jiwa dan rasa. Setiap jantung Palestina. Yang bernafas sama. Bersendu sama. Pada ikat cinta iktikad kita. Terutama engkau dan aku. Pastinya tidak terlihat jelas namamu. Sering ku mencuba. Bertatih diriku. Lambat laun kan pasti terlihat. 

Kini di kejauhan pendam dan jaga. Aku dan dirimu tiada terlihat. Sering cuba untuk tidak terlintas. Nama dan baik peribadi. Mungkin ini hijrah. Berbisik setiap hari. Di cuping setiap Adam dan Hawa. Telah 1434 berlalu. Dan Palestina menangis tidak berlagu. Bermandi darah. Tanpa iring doa kita. Yang menguat geraknya bersama budi di dalam jiwa.


Sakit dan perit. Doa biarlah berlagu. Rindu yang satu. Pada tiap kucup nafasku. Tabahkan  hati. Cekalkan hati. Bersatu jiwa. Dalam luka yang perang calarkan. Aku kini. Hanya mampu membisu. Berbatu jarak darimu.

Dari sebuah titik kejauhan, lazuardi itu menyapa lembut. Hati yang tak mampu untuk membantu. Hanya membatu bersama doa-doa rapuh. Bagaimana dengan suara sama di sana? Engkau kuharap bersamaku. Secara bait dan nawaitu. Semoga ikat kan bawa hati-hati yang menyucikan bersama. 

Solidariti silih berganti. Menjengah khabar-khabar dengan mata dan telinga. Bahawa engkau di sana. Kekal berjuang secara fiskal. Aku hanya mampu. Tidak sekuat iman dan jihadmu. Hanya bersama ilmu-ilmu baca dan korek sedalam-dalamnya. Lalu aku letakkan dirimu dalam ketengahan kegembiraan dan kedukaanku. Bahawa tarikh ini benar-benar keramat. Benar-benar mengguncang lara seorang saudara!


‎" Palestin adalah negara kita dari LAUT MEDITERRANEAN hingga ke SUNGAI JORDAN dan kita tidak boleh melepaskannya walau seinci pun..."


Khaled Meshaal, pemimpin Hamas


Nukilku berbicara tentang luhur dan tegas. Bahawa cinta kita harus terpaut rapi. Dengan Quran dan sunnah. Dengan pegangan dan istiqamah. Bukan sekadar McDonald. Ia lebih dari segala yang nampak. Menyucikan jiwa-jiwa yang butuh ketenangan. Biarpun kini telah bisa menghirup bau-bau darah mujahid yang mulia. 

Bukan ia soal manusia yang berhak hidup saksama. Bahkan ia lebih dari segala dunia. Sedang mereka berdoa selontar suara yang mungkin. Sedang kita hanya berdoa dalam jiwa yang tidak segagah mereka. 

Duhai dirimu di sana. Aku tak pernah pasti bahawa yakinku setakat mana. Namun aku sentiasa pasti bahawa engkau saudara tercinta buat diriku. Tak pernah lekang. Jangan pernah cuba menghilang. Janji yang terpegang. Atas agama Maha Mulia. Bahawa kan sentiasa kusebar. Bahawa engkau milik kami semua. Bahawa restu kami sentiasa berlagu sama.

Andai mampu untuk ke sana. Biar mampu kucium dirimu. Dahi lembut yang kentalnya Allah di dalam jiwa. Memegang laras yang biasa. Berteman dzikrullah yang mulia. Tahajjud dirimu yang kudamba. Semoga bersama kita ke syurga. 

Semoga solidariti benar-benar bermakna. Semoga usaha benar-benar mulia. Aku masih termanggu. Melihat merpati yang hitam. Bukan gagak yang putih. Berubah takkan semena-semena. Berhijrah kita biar bermakna. Semoga hijrah aku dan engkau. Berdasar sama, beriktikad sama, menuju kesempurnaan yang selamanya. Demi redha Tuhan Maha Mulia.

Engkau adalah sesiapa yang mampu merasakan. Bahawa tak pernah aku bercinta. Seindah ini menjauhi zina.



doasepi
-Wangsa Ukay-


Tuesday 4 September 2012

Malam Cintaku 1



Allah mendengar setiap bisik. Kata dan anggota. Yang berdoa mampu merasa. Yang berusaha mampu merasa. Kerna Tuhan mereka sentiasa di jiwa. Kerna syurga sentiasa di mata.

" Dan mereka yang diredhai Allah itu ialah yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri. "

(Furqaan, 64)

Kembali aku kepada Tuhanku, biarlah sebenar-benar kembali. Bukan aku sekadar menjejak detik silam. Terkadang mencari khilaf makna dan nawaitu, ibarat menjemput doaku yang berharap kembali. Tika saat itulah hati ini kembali bergelora. Tika hati yang mulus. Cuba untuk melupakan dan membenci. Sedang fikir dan aqal bukan DEMI dan HANYA Tuhan.

Dia Maha Mendengar. Setiap bait. Setiap sendu dari dalamku. Setiap gundah yang tidak berdosa. Sekadar terpalitnya berbicara antara salah dan benar. Bukan zina-zina terhampir. Tika Dia selamatkan hamba-Nya yang terpilih. Bergetarlah jiwa aku dan dirimu yang naik turunnya sengsara. Bukan bahagia yang tersemat di jiwa.

Dia Maha Memerhati. Setiap aqal yang cuba berusaha. Dan hasanah yang berbicara bisakan menghapus. Jejak jerumus yang tertinggal. Jejak alpa dan sederhana kononnya. Biar sahaja aku sendiri. Menulis rencah rahsia. Bersama redha Maha Pencipta.

Aku melihat namamu. Kadang sejuk. Kadang damai. Kadang gundah. Mungkin sahaja aku sendiri. Tidak sebenarnya kembali. Kepada Tuhanku sendiri. Seperti mana namamu yang kembali seperti azam dirimu.

Menghapus jejak-jejak persamaan. Menghurai jalin-jalin perpisahan. Dan Dia ada selagi mana aku terus berdoa. Maafkan culas hati aku yang degil. Bersembunyi bersama pendam sepi. Yang aku dan dirimu jalinkan. Bersama ikat iman dan sedia. Antara nampak dan kusam.

Dari sini, aku cuba menulis warkah-warkah sepi. Sedang khabarkan gelita warkah jiwa seorang yang sembunyinya tulus. Bukankah Dia tujuan aku dan kamu Maha Terutama. Bersama kebil mata dan hati yang sentiasa basah.

Biarkan sahaja aku bersembunyi. Kerna dirimu tidak sesekali ke sini. Lapang ini serendah suara dan jiwa aku luiskan. Sebagai seorang manusia yang mengintai suratan Ilahi.

Aku menulis buat seorang gadis Thantawi. Halalnya kerna jaganya. Sempurnanya kerna usahanya. Manisnya kerna hijrahnya. Dan bertemunya kerna tepat waktunya.

Tika menginjak waktunya. Semoga segalanya cukup halal buatku. Semoga segalanya cukup sempurna buatku. Bukan sekali aku bermain kata, apatah lagi menyulam ayat-ayat cinta. Mungkin timbulnya namamu. Untuk yang terbaik dari suratan Penciptamu. Begitu juga diriku.

Harusnya aku dan kamu. Sama menunggu. Sama bercerita kepada Tuhan Maha Satu. Meluah rindu. Meluah sendu. Biar likat cinta agung. Biar sunyi dari zina. Aku berlindung. Buat dirimu dan diriku. Yang saban waktu bermain gundah. Antara waktu dan sedia. Antara rasa dan taqdir-Nya.

Lindungilah hamba-Mu ya Allah. Hamba-hamba yang memohon cinta-Mu, juga memohon cinta manusia yang mencintai-Mu, bahkan sering memohon rasa cinta untuk beramal DEMI dan HANYA untuk-Mu. Kepada-Mu aku serahkan. Segala rasa yang sering membuncah. Segala usaha yang sering berahsia. Segala setia yang berbicara.

Menulisku sepenuh atmaku. Biar darah jadi air mata. Biar cinta bawa ke syurga. Biar sedia tiba waktunya..

Sunday 2 September 2012

Relung Hati 11

Tertiuplah rasa membuncah. Detaknya terpendam oleh agama. Gelintarnya menyala oleh Tuhan dan rasulnya. Biarkan ia terus bertiup. Doa sepi itu beristikharah lagi. Dalam ia terpendam. Astaghfirullah pinta didamaikan hati. Sebelum waktunya tiba.

Saat rasa itu membuncah..
Cuba ia berteduh dari mengucapkannya..
Menjauh moga rasa ingin terbazir..
Juga darikan ia hanyut..
Dengan campur yang belum bersedia..

Bersahajalah rasa itu..
Cebis yang cuba dinanti..
Dipendam erat jauh-jauh..
Menitis bersama parah getar seluas fitrah..
Berharap ia pilih terakhir..

Mencari makna diri..
Yang tegar bersatu pada jalan syurga..
Seteguh manapun rasa itu..
Iakan terbang tiap malam..
Menggapai bintang yang terindah..
Mengucap harap memandu doa..

Menambak jarak masa..
Tanda jujurnya jelas terlihat..
Beraninya terucap..
Pada setia bait istikharah..
Menempuh jalan-jalan kejauhan..

Berlebihan untuk meraih..
Butuh sepenuh penghayatan..
Bukan sekadar yakin dan manik penuh kudus..
Bahkan harus menepis gusar gundah dan gelisah..

Menegur dengan selayaknya..
Pada hijab hati seorang manusia..
Berat takkan pernah terukir dek senyum..
Gigih dari sudut paling dalam..
Hanya mampu meniup dari detak jantung..
Mencuba untuk berbicara..
Bersama erat rasa yang dipegang..

Bersama Tuhanku..
Relung hatiku membuncah lagi..
Bersama damai dan rasa tergantung..




-doasepi-
The Curve




Saturday 1 September 2012

Relung Hati 10

Demi kalam dan sunnah yang mulia, maka muhasabahlah cintamu. Bisa dekatkan Tuhan pada hamba-Nya. Bisa kabulkan doa sepenuh jiwa. Bisa pendamkan bicara dari zina. Bisa temukan Adam dan Hawa. Bisa larikan aqal dari yang bukan sewenangnya.
Malam dingin peluklah jiwa..
Usah biar malu jadi sengsara..
Bersembunyilah duhai gelora..
Yang di balik nama itukan sentiasa menjaga..

Kala bait suci menusuk dalamnya jiwa..
Maka Dialah Lebih dan Maha Terutama..

Sucinya keping lembut jiwa..
Kerna butuh nikmatnya bercinta..
Sebenar kudusnya makna cinta..
Sempurnanya bisa bawa sampai syurga..
Wujudnya hanya buat mereka yang siap sudah bersedia..
Maka wajblah itu jadi yang terutama..

Pada sisi sebuah wajah setia..
Mencoret tiada nama di pelosok jiwa..
Mencari-cari yang bermakna sama..
Mencari-cari yang hilangkan nafsu dunia..
Mencari-cari yang sudah tentunya berubah hidup DEMI dan HANYA Tuhannya..

Yang ingin cinta dipelihara..
Oleh yang berusaha untuk memelihara..
Jiwa dan seluruh anggota..
Setiap saat detik hidupnya..

Sayu-sayu sengsara..
Mengolah pada Tuhannya..
Sepenuh yakin doanya lebih dari segala isi dunia..
Yang bisa menjentik suam rasa..
Yang kini belum jelas dek mata..
Masih bisu kata wacana..

Kepada-Mu dia itu ingin benar bercinta..
Sebelum waktunya biarkan dia sengsara..
Mengutip bekal iman dan taqwa..
Menyapu duri sembilu durjana..
Membasuh luka dunia..

Kerana-Mu dia bercinta..
Pada nama yang selayaknya tiba..
Menjelma mendamaikan jiwa..
Terpalit doanya rasa gundah gulana..

Kerna lumrah sebuah cinta.. 
Manisnya kerna menghilangkan..
Tak terkatanya kerna cuba untuk bertahan..
Air matanya kerna faham..

Bahawa cinta itu kudus..
Jauh dari ikhtilat yang menghalus..
Pada irama dan lagu yang mulus..

Kerana-Mu lahirnya cinta..
Yang Engkau jaga..
Dari bara zina yang hina!!


-doasepi-
The Curve

Monday 27 August 2012

Aku : Pemuda Thantawi 4

Aku tutupkan segala cerca dan dendam darimu. Aku hijabkan segala sangkaku terhadapmu. Bakal rusuk kiri untuk seorang zauj yang memelihara. Pada Tuhanku aku berserah. Demi madah cintaku. Bertasbihnya selepas nikah. Semoga tetap di jalannya. Dan akhirnya direstui.

Malam itu kebil mata tak mampu untuk terlelap. Mengintai dari tirai kamar. Memerhati anugerah malam yang Tuhan ciptakan. Gelap dan sunyi.

Tanpa ada suara yang menepis telinga. Tanpa ada tangan mencapuk pena. Hanya jelas di fikiran, adalah sebuah kalam hijau. Tak pernah berdebu. Dalamnya ada kalimah yang sentiasa membangun jiwa sang pemuda.

Tika waktu sebeginilah.

Dari atas sebuah rak kayu. Lantas dicapai oleh tangan yang lemah bersama hati yang bungkam. Bisik dari hatinya. Bercerita tentang jarak yang cuba bersembunyi. Tentang hasta yang tidak terkira. Tentang depa yang tak mampu untuk memeluk.

Maka bersembunyilah hati sang pemuda Thantawi. Jauh dari bunyi yang pada deretnya senantiasa bermaksud sepi. Tanpa wujud lagi sebuah cerita tentang penantian. Betapa gerun dan takut menarik dirinya. Lalu dek kerna telah tetap hatinya. Tersimpanlah segala derai kesakitan demi sebuah keredhaan. Segalanya dari Tuhan. 

Bukankah firman agung sentiasa memelihara jiwa yang setia? Yang tertolak oleh cebis rasa. Yang gemar bermain dengan segala ubah rasa. Sulitnya kerna salah sangka. Sulitnya kerna tak mampu merangka. Sebuah keredhaan yang berbeda pada pandangannya.

Hanya beralun suratul Nisa dan Isra'. Dan menitislah rayuan rindu. Menarik penuh luhur. Dari kelopak mata yang menunggu masa menggugurkan sebuah kenikmatan yang tiada tara. Betapa menyimpan dan memendam rasa itu sukar. Bersama jerih perih istikharah yang setia. Memohon jalan-jalan cinta yang Dia redhai.

Basah. Lebat. Lelah. Dan pejam mata pemuda itu hingga cebiknya urat kornea. Merindui sebuah harapan mulus. Yang tersekat membina titik-titik kejauhan. Maka tuliskan sahaja. Pucuk surat dan untaian doa seorang pemuda bernama hamba.  Mencari nama seorang gadis Thantawi.

Sambil langit berdesir. Menyapa hujan itu turun membasahi bumi. Bersama kesamaran dan kegundahan nama yang semakin terurai ejaannya. Oleh pepasir di pantai. Perlahan derai pantai  itu memilirkan. Hingga hilanglah yakin. Hingga tersoroklah bahagia. Lalu yang terlihat hanyalah sebuah kegundahan yang tak pernah menyapa jalan-jalan cinta.

Bukankah Dia kabulkan doa hamba yang penuh kesulitan. Penuh penngharapan serta penuh kesetiaan? Bahawa berjuang dan mempersiapkan diri biarlah tanpa kutuk dan cerca. Bahwa memperindah dan membajai diri biarlah tanpa dendam melata? Dan Tuhan pemuda itu Maha Mendengar. Setiap yang terbuku. Malam-malam harinya.

Bertemankan kalam hijau dari atas sebuah rak kayu yang berdirinya teguh. Ketika Naml berbicara pada 53. Bahwa Dia kan selamatkan orang yang beriman dan selalu bertaqwa. Kerna selalu bertaqwalah iman berbicara. Kerna selalu bertaqwalah istikharah dilontarkan sama. Meruntuhlah ego sang pemuda. Detik itu, maniknya lebih deras. Sejuk lembut di pipi bahkan lebih sejuk dari hujan di luar sana.

Pemuda itu mendingak ke langit. Sayu dan berdoa. Sayup suaranya serak. Hingga kunang-kunang kan bercahaya mendengar auranya. Mungkin juga sang cengkerik kan pendamkan bunyinya. Demi memilih untuk mendengar esak suara sang pemuda.

Dan berbicaralah atas nama sebuah cinta agung. Terpendam. Berusaha penuh jiwa.

Tidak harus sesekali dirimu memilih untuk menyatakan bicara atas unggun api. Maraknya menghapuskan fitrah rasa yang terpelihara. Hanya Engkau mampu selamatkan. Dari fitnah dunia yang kasar katanya. Dari fitnah dunia yang sekian lama seakan mampu jadi seorang gadis Thantawi. Namun akhirnya hijab sendiri yang menggoncang. Bahwa yang lama harus dicerca untuk dilupakan.

Dan bukankah telah Allah ciptakan bumi, di tengahnya ada sungai? Dan munculnya gunung di celah-celah untuk menyokong? Tika bergema ayat 61 pada kemuliaan an-Naml, maka sang pemuda mengerti.

Bahwa benar-benar menjiwai penantian itu. Seharusnya disertai oleh sebuah doa yang tulus suci. Takkan dihurai oleh kebencian yang tidak bertepi. Takkan terlerai oleh sebuah hakikat yang maknawi. Biarkan sahaja ayat-ayat sang gadis berlalu. Lalu hadirlah firman Tuhan di sisi. Menyokong dan memberi sepenuh erti. Makna hidup bersama hati.

Tatkala terhapus nama di Luh Mahfudz. Umpama sebuah kejauhan yang abadi.

Allah Yang Maha Berhak Dicintai. Maha menjadikan pasangan yang mencari. Bertemu mereka atas kehendak aturan Ilahi. Andai demi rasa yang suci semata. Maka berpisahlah demi sebuah perjalanan yang lebih terperi nikmatnya nanti. Di sana sebuah persinggahan yang kan kekal abadi. Tika bisik kecil sang pemuda. Untuk seorang gadis Thantawi.

Di sini aku masih menulis tentang dirimu. Gadis Thantawi. Mulianya kerna kesabaran dan kebahagiaan dalam jiwanya. Yang mencari keredhaan Tuhannya. Yang menafikan namaku tanpa sebarang cerca dan dendam yang melata. Yang aku hormati kerna egomu. Sentiasa dibasuhi al-Quran dan hadis Baginda saw. Bukan semata pedoman manusia-manusia yang mentafsir dari keduanya.

Sang pemuda itulah,
Dan ketika waktu menghadirkan rasa membuncah,
Dirinya ikat bersama sabar dan berdiam diri yang setia menjengah,
Dan puasa dan beribadah jemaahnya,
Titiskan kepasrahan yang semakin parah,
Bersatu bersama soal fitrah yang terindah,
Terpelihara dan berjuanglah,
Tanpa penat lelah,
Demi perhentian penuh makrifah,
Dua jiwa yang menadah,
Erti cinta dari Tuhanku ya Allah!!


-doasepi-
Bukit Mas, Melawati


Saturday 25 August 2012

Aku : Pemuda Thantawi 3

Aku meminta seperti hamba yang lain sering meminta. Bahwa rasa itu, biar dipendam jauh dari jiwa. Biar usaha dan sedia lebih banyak bicaranya. Biar kedua ibu bapa lebih bahagia dengan kita. Dan nikmat Tuhan kamu yang manakah mampu aku dustai?  Seperti malam yang berganti siang. Seperti itulah juga gelora silih bersuara. Semoga itulah cinta. Sulit diusaha. Damai diakhirnya.
Begitulah gambaran yang bersuluh. Begitulah penjelasan yang terang. Tatkala Tuhanmu meminta aqal pada dirimu pada bulan yang mulia ini. Saban detik itu bergerak. Engkau segera hanyut dan memutuskan roh-roh cahayamu. 

Engkau pada pertama harinya, mencari dengan penat lelah. Juga engkaulah yang berusaha sedaya upaya menchoba untuk memperbaiki jiwa dan anggota. Bukankah doamu berbunyi meminta taqwa. Berbicara dalam hari-hari Ramadhan. Kini, ia mulai surut dan kembali kelam.

Dan hati berbicara kecewa. Dan doa berbicara tanpa suara. Kerna dirimu huraikan segalanya. Dahulu dirimu yang lebih mulia. Dahulu dirimu yang lebih tegar. Kini suara doamu kian suram. Engkau biarkan segalanya jelas. Engkau buka hijab teristimewa. 

Usah lancarkan pedang yang tumpul. Kerna hati itu perlu sentiasa memilih. Untuk berbaik sangka. Untuk menikmati bahagia. Lepaskan sahaja andai dirimu mampu mengerti. Kerna bukan engkau yang menentukan. Bahkan Dia yang Di Atas Sana memilih. Memilihlah untuk berdiam sangka. Dari melontar duri-duri di jalanan.

Saat ini Engkau kirimkan angin pada dirinya. Bahwa aku waham benar. Bahwa gadis Thantawi bukanlah seorang cuma. Malah, wujudnya kan lebih terindah. Tika air mataku melihat waktu depanku. Juga waktu yang terdahulu. Istikharah kan sentiasa berbisik. Walau akhirnya bukan bertemu si gadis Thantawi.

Sudah lama hati itu memilih. Untuk berbaik sangka. Untuk berdoa sahaja. Tanpa dilihat usaha yang nyata. Bahagiakan hatiku Ya Tuhan. Damaikan hatiku Ya Allah. Kerna di tangan-Mu terhasil segala rahmat dan kebahagiaan.

Tika masih meniti hari-hari yang mendatang, aku sentiasa bisikkan. Bahwa gadis Thantawi bukannya seorang. Ia adalah gambaran keindahan yang terindah. Istiqamah bersama roh-roh Ramadhan. Bukan seperti yang kubaca darimu. Bukan seperti yang engkau baca dariku. Bawalah roh itu untuk menikmati Syawal dan bulan yang seterusnya.

Aku memilih untuk berdiam diri. Aku memilih untuk berbaik sangka. Mungkin caranya berbeza darimu. Mungkin caranya bisa mendekatkan kita. Allah sahaja yang mampu memelihara. Allah sahaja yang mampu menjaga. Dalam dan luar aku dan kamu.

Semoga yang terbaik kan sentiasa bercambah. Bukan berada di paras iman yang sama!!


-doasepi-
ShahzanInn


Sunday 19 August 2012

Aku : Pemuda Thantawi 2

Bukan berbisik pada nama yang sama. Bukan berhijrah kerna mahukan cinta. Bukan berdoa pada memori yang terpelihara. Tapi kerna dirimu cinta kedua seorang pemuda. Dan diriku adalah cinta kedua dirinya. Selepas hanya Cinta Maha Esa.
Petang itu sepoi-sepoi sahaja. Melihat pelepah disapa lembut oleh angin sebaik-baik ciptaan Ilahi. Kemudian beralih mata. Melihat pula batu-batu di dalam pasu. Keras. Ditiup angin pun tak mampu tergerak. Hati manusia itu. Tatkala keras. Lebih degil dari batu-batu. Disapu oleh kumpul-kumpul pelepah pun takkan termampu andai sedikit jumlahnya.

Hati itulah wahana untuk hamba. Kadang insan itu terdetik senyum. Melihat madrasah di hadapan rumah. Tersergam dengan patuh. Terbinanya atas paksi agama. Hati itu cemburu. Sentiasa dibanjiri insan lain ke sana. Madrasah terisi dengan insan yang mahu bergerak. Mahu menikmati ketenangan.

Angin menghembus pipi. Insan rasakan kedamaian. Di hadapan. Hanya beberapa langkah. Itulah madrasah. Hati insan sentiasa terpaut. Terikat. 

Kadang terikat. Sudah tentu terikat atas terbinanya madrasah. Simbol agung. Simbol mulia. Simbol fitrah. Untuk pembinaan sebuah rumah tangga. Suci. Ia diiringi sapaan angin. Sejuk yang tidak seberapa. Masih mampu dihurai kata.

Namun perihal cinta. Perihal sebuah penantian. Disusuli, biarlah bersama kedamaian yang hampir serupa. Sepoinya bisa menusuk ke dalam jiwa. Dan kemudian, bukankah iman kan membacakan kalimah terindah? Bahawa kita bersyukur lalu beribadah kepada-Nya. Bahwa kita mahu bertemu-Nya. Andai cinta kedua itu hadir sejurus selepasnya. Benarkan sahaja ia bertasbih. Benarkan sahaja ia mengulit kelopak mata yang merintih.

Hati itu berjuang. Menggerakkan aqal dan anggota. Menuju kesempurnaan kehidupan. Sudah tentu ingin mengiyakan firman Tuhan. Tercipta berpasang-pasangan. Bersama kasih sayang. Haru dan sendu silih berbicara bersama ayat-ayat cinta.

Andai ia sesuatu yang benar. Bukan sekarang Allah tunjukkan kesenangannya. Bukan juga sekarang. Allah wujudkan kehadirannya. Biarlah ia hadir. Bersama upayanya jiwa dan raga. Menjaga dan terus menjaga. Mengintai nama cinta. Dari sujud pada malam sang pendoa. 

Azan akhirnya bergema. Insan rindukan nama. Nama bertatih sayu. Munculnya sering sahaja. Dalam mimpi malam-malam Ramadhan. Semoga Engkau permudahkan ia. Semoga Engkau lembutkan ia. Hati yang mahu jarak terjaga. Hati yang mahu cinta beragama. 

Antara cinta dan Pencipta, Engkau lebih utama!!


 1650, 
Taman Pemuda,
Cik Siti Wan Kembang

-doasepi-


Friday 17 August 2012

Ijtihad Cinta Ramadhan

Meminta teruslah meminta. Usah ingat air mata di malam mulis sudah cukup buat hari mendatang yang menjelma. Iman itu naik dan turun. Namun Tuhan tak pernah berhenti menggesek jiwa yang mengharap jujur. Demi Ramadhan yang mulia. Demi Allah Cinta Terutama!!
Bersyukurlah..
Andai mulut terkunci rapi..
Perihalkan ibadat diri..
Mencintai Maha Ilahi..
Seorang diri..
Pada malam hari..

Bersyukurlah..
Kerna amarah dalam jeriji..
Kemas, ketat terkunci mati..
Dikutuk mendoakan kembali..
Dihina dibalas dengan budi..
Diburuk sangka..
Direndam bersama diam diri..

Bersyukurlah..
Anggota bersalut taqwa..
Sunnah bermanja bahagia..
Kalam mulia mencucuk jiwa..
Qalbu sentiasa berair mata..
Tak mahu lekang cerita cinta..
Antara hamba setia bersama Pencipta yang Maha Esa..

Namun bersedihlah..
Ramadhan bakal pergi..
Meninggal jiwa yang sudah sunyi..
Dari jalan baik merantai nafsi keji..
Dari wajah tenang mengintai Lalatul Qadri..

Namun berdukalah..
Di hadapan hari menanti..
Masih ada sebelas kan silih berganti..
Menguji terus menguji..
Sejauh mana malaikat melekat di hati..
Sebersih mana iblis dipenjara lagi..

Akan ada yang terus berbahagia..
Akan ada yang terus kembali durhaka..
Demi hanya yang ikhlas sahaja..
Bisa butuh syurga dan redha..
Dari Allah Pemilik Ramadhan yang Mulia..

Dari Allah, Tuhan-Mu yang menggesek hatimu..
Mengalirkan air mata saat malam-malam bahagia..
Maka ayuh bercinta terus bercinta..
Berusaha dan terus berusaha..
Menutup lubang-lubang kecil dalam jiwa..

Sungguh, Ramadhan ini baharu kan bermula!!


-doasepi-

Tuesday 14 August 2012

Taqwa : Cinta Tiada Lara

Berjalan usah sesekali berhenti. Kerna anggapan manusia itu tidak mampu mengubah cinta Allah kepada kita. Kerna hal jodoh itu. Tepatnya kerna keindahan waktu dan sedianya kita.
"Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan."
  
Junaid Al-Baghdadi

Hujan itu menderas turunnya. Membasuh hati yang hampa. Mengisilah hati yang penuh berharap. Sujudnya tanpa ingkar. Derainya tak mahu dihenti. Semahunya, mungkin biar ia tamat di sejadah cinta seorang hamba. Rasa kecilnya, tak mampu untuk dihuraikan. Rasa kasihnya tak mampu dijelmakan oleh perilaku terindah. Hamba itu mengisi pilu dan senyumnya. Pada malam yang terindah. Harapnya terukir secebis taqwa.

Taqwa itu yang sering dipinta dalam hari-hari cinta. Lebam matanya sentiasa dikaburkan oleh senyum dan gelak persisi sufi di zaman Nursi dan Rumi. Biar kalian tak mampu menjiwai. Hamba itu sentiasa menanti malam. Yang Tuhan telah janjikan. Berjalannya dalam hidup yang sentiasa dinikmati. Hanya pinta cinta dari Tuhannya.

Kerna sang kumbang itu, waham benar perihal cinta itu bersifat mua’llaq. Semoga potensi kan sentiasa berkembang. Semoga nawaitu sentiasakan bercahaya. Menanti yang tertulis. Tepatnya kerna kebersediaannya.

Tuhan itu menjaga apa yang kita berusaha untuk menjaganya. Dan Dia temukan dengan mereka yang sentiasa yakin dan bersangka baik dengannya. Tentunya yang terpelihara itu terindah. Tentunya juga yang biasa itu terindah. Mungkin lebih terindah saat taubatnya memekar tika setiap saatnya bernyawa. Tuhan yang menerima keindahan jiwa yang ingin memperbaiki diri. Tuhan yang sentiasa senyum pada kalimah cinta yang melebihkan-Nya berbanding dunia semata.

Agungnya cinta yang bernawaitukan Penguasa Cinta. Pemilik haqiqi manusia yang ingin dilamunkan cinta. Kerna waham yang jelas bisa rungkaikan kefasikan cinta. Bahwa cinta itu kan melenyap bersama lenyapnya sebab untuk bercinta. Qayyim yang bijaksana telah berkata. Dan itulah realiti cinta.

Berusahalah selagi termampu. Dan lupuskanlah segala cerita yang singgah dalam hidupmu. Kerna cinta kurniaan Allah itu menyentuhnya lebih terasa. Andai kenangan itu mekar hanya sebagai duri yang berada dalam jalanmu menuju ke Sana. Yang menjaga itu sungguh kuat. Yang menjaga itu seorang mukmin. Bukan lagi seorang muslim. Yang tenggelam timbulnya akhirnya bersifat sama terhadap ikhtilat sekeliling yang menyapa.

Dan malam itu larut dengan penuh damai. Maka nokhtah terukir. Tanda cinta agung memeluk erat jiwa hamba. Yang setia menanti cinta yang terpelihara. Sulitnya menjaga. Enaknya memendam air mata.

"Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cintaKu' (padanya)." 

Israiliyat, Allah kepada Isa a.s


-doasepi- 





Tuesday 7 August 2012

Bukan Sekadar Cinta Zahrana : Pendamnya Bisa Yakinkan

Allah bisa perkenankan. Doa aku untuk bertemu dirimu. Aku yakin. Takkan pernah isitikharah terhenti. Takkan pernah daya juang bernadi mati. Kerna Luh Mahfudz telah mencatatkan, takkan bisa kuketahui keindahan namamu yang terhijab rahsia. Tersembunyi penuh malu. Merindui penuh indah. Seperti karang Medya Sefira.

Malam itu bertandang. Menjenguk rahsia hati. Masihkah ada ruang untuk berbicara. Tentang dirimu mencari makna cinta. Tika jiwa itu berdzikir. Dan tersulam benih-benih harapan. Dan deras air mata mengalir. Memeluk hati yang penuh gundah dalam sepi bermadah. Mereka masih diulit mimpi. Rasamu hanya Dia yang menyentuh. Karang lagumu yang tiada akhirnya. Belum, mungkin.

Bersabarlah duhai hati yang merindui Tuhan. Bersabarlah duhai jiwa yang setia bertemankan bait doa istikharah. Bukan mereka yang merencana. Bukan kerna dirimu jua. Iakan bersama. Sedang jiwa yang sering bertatih gigih. Memelihara segala anggota. Membina rumah iman dan taqwa. Akan hadir waktunya. Tika hati terasa tenang. Sedang atma meratah sang gamang. Lalu terlafaz sakinah tiada kepalang.

Bait doa itu sering terungkap. Tika sedar dan hampir lelapnya. Atas segala perih dan tegarnya. Bernafas dalam ruang yang Tuhan ciptakan. Mengait kalam dan sunnah. Memacunya penuh sabar namun resah. Suara itu dipasang berulang kali. Menghadirkan luluh yang hanya Dia mampu memeluk jiwa. Bertitisan air mata cinta yang sejati. Antara soal jodoh dan pilihan. Antara soal yakin dan melepaskan.

Dirimu berkata ia mampu dilupuskan. Sedang aqal sering memikirkan. Mungkin juga teramat mengharapkan. Dan tika saat hanya Tuhanmu mampu dengarkan. Merintih itu penuh sayu. Merintih itu persis lagu yang hilang iramanya. Sering rasakan kejauhan dek tak mampu untuk aqal mentafsirkan. Dirimu masih seorang manusia. Dirimu masih seorang hamba. Lalu rintihmu pada Yang Maha Kuasa. Hadirkan petanda dirimu mungkin layak buatnya.

Saat bulan ini menebarkan bisik halus secebis taqwa. Dan dirimu merasakan ia mendekat. Dan akan sentiasa Luh Mahfudzmu berteka teki. Agar taqwa benar melikat. Biar mazmumah musnah berkarat. Dirimu tak harus berhenti. Bahkan merasakan polos di hati. Ibarat melepaskan untuk menerima ganjaran. Benarkanlah ia tersampaikan. Biar nama itu terusik. Biarkan nama itu tersentuh. Pada bisik doa dirimu. Pada jujur harap hati kecilmu.

Duhai Tuhanku yang bisa menyampaikan,
Maka Engkau gerakkanlah hati-hati yang rindu akan rahmat dan redha-Mu,
Dan Engkau taqdirkanlah ketentuan terindah buat kami,
Dan Engkau jelmakan ketenangan untuk diriku,
Juga sakinah buat dirinya,
Biar terlafaz rasa yang mulia,
Pada hijabMu yang penuh rahsia,
Sungguh hanya Dikau Yang Maha Melembutkan,
Dan kepada Engkau aku berserah,
Dan bertawakal sepenuh jiwa ragaku,
Untuk sesuatu yang tak terjangkau dek aqal,
Untuk sesuatu yang mungkin terbaik buat diriku,
Duhai Tuhanku,
Maka benarkanlah ia hadir bersama,
Keyakinan dan rasa yang mendalam,
Buat cinta suci yang bisa kami pendam,
Dari hati yang tiadakan mengetahui,
Tetap dariMu yang pasti terindah,

Amin..


-doasepi-




Sunday 29 July 2012

Relung Hati 8

Demi cinta dan matlamat kami...
Engkau hampirkan perasaan antara hati-hati kami..
Bersama sujud khauf dan haya'..
Bersama air mata dan gelisah..

Betapa kami sedang berusaha..
Mempersiap jiwa dan upaya..
Betapa kami sedang bersedia..
Memenjara ikhtilat yang menggugah..

Tanpa jiwa pun mampu menduga..
Tanpa aqal pun mampu meneka..
Tanpa mata pun mahu mempercaya..

Detikkanlah rasa..
Antara hijab rahsia..
Rasa jauh dan menggusar..
Rasa kelam dan menggundah..
Yang bisa menghampirkan..
Rasa rindu dan harap..
Haqiqinya penuh bertempat..

Kerna Engkau Yang Maha Terutama..
Kerna Engkau kami berdoa..
Kerna Engkau kami percaya..
Kerna Engkau kami meluah rasa..

Kerna Engkau jua..
Kami lukiskan istikharah cinta..
Yang kadangnya jelas..
Memenuhi segenap gamang 

Bahwa bukanlah cinta andai kami terlalu percaya..
Bahwa bukanlah cinta andai kami terlalu berduka..

Namun itulah cinta..
Andai Engkau sentiasa di dalam jiwa..
Pada saat mata kami terbuka..
Pada saat nafas kami terhenti..

Dan akhirnya puncak segala redha..


doasepi
TTDI, Atsa Arkitek
3 Ramadhan, 2200








Saturday 28 July 2012

Relung Hati 7

Hidup memang harus sentiasa mentafsir..
Yang tersiratnya, lalu direntakkan dengan Quran dan sunnah..
Tersuratnya pula, dinikmati bersama alun yang mengasyikkan..


Dan seringkali hamba menyalah tafsir..
Bergilir antara baik dan buruknya..
Lalu tersiatlah cebis luka..
Lalu terlontarlah amarah hina..


Biarkanlah dengan segala tafsir..
Asalkan jiwa hamba bersama kalam tafsir..
Bacanya bisa mendamaikan..
Fahamnya bisa menitiskan..
Tindak darinya bisa menambahkan cahaya!


Dan hamba itu sering dipenuhi tafsir..
Akan sentiasa, dari tahun ke tahun..
Bertindaklah sederhana yang mungkin..
Usah terlalu jauh..
Kerna yang sebenarnya hamba salah mentafsir..
Begitulah hari demi hari..


Sampai kapan pun..
Mentafsirlah bersama kalam tafsir..
Lalu terima kata mereka..
Namun di hati memohon petunjuk Kuasa..


Menulis tentang rasa mentafsir..
Takkan berkurang walau benarku semilir!


doasepi
Ar-Ridhuan, Taman Permata


Saturday 21 July 2012

Aku dan Kamu Berusaha : Akhirnya Dia Temukan

Bulan ini. Harus rancakkan bisik istikharah. Bulan ini. Harus bersedia pada jawab isitkharahmu. Gusar dan damai yang silih berganti. Hanya itu makna keindahan rahsia Ilahi. Tak salah untuk memendam rasa. Terpulang tentang bagaimana hamba mentafsirkannya.
Kemerduan bait kalam. Akhirnya menjengah penuh diraikan. Berdetiklah jiwa. Menghilang fitrah-fitrah dunia. Harap dan impian setiap hamba. Bahwa biarkan ia bermula pada malam ini. Bahwa, biarkan ia dikuatkan kakinya pada malam ini. Memilih untuk berusaha. Bukan bermatlamatkan 'dia'. Namun, DEMI dan HANYA Dia.

Tafsir sering berbicara. Merungkai makna penuh cerita. Bahwa di dunia itu palsu semata. Bahwa di dunia itu segalanya sementara. Maka apakah makna cinta terpelihara. Apatah cinta yang dasarnya memendam dengan penuh usaha. Berserah itu pasti, dan bukanklah bertawakal itu bertatih tanpa iman tegar di hati.

Sering sahaja bicara cinta berlagu atas nama setia. Sering juga sahaja. Bicara rindu berbicara atas selepas akadnya. Waima bercintalah dengan Tuhan yang Esa  dan Dia kan hadirkan si dia.

Benarkanlah andai mahu menanti yang Dia tuliskan. Bukankah fitrah seorang hamba. Bahwa cinta dan rasa bergetar tetapnya tika bisik istikharahnya sama? Bukankah nyala usaha yang mahu berjalan dengan iman itu tetapkan hati yang meronta hiba?

Jika engkau bukan seorang pencinta, maka jangan pandang hidupmu adalah hidup. 
Sebab tanpa Cinta, segala perbuatan tidak akan dihitung pada Hari Perhitungan nanti.
Setiap waktu yang berlalu tanpa Cinta, akan menjelma menjadi wajah yang memalukan dihadapanNya.

Jalaluddin Rumi

Tak pernah salah hati yang merasa. Hanya terpulang pada aqal untuk merainya. Makan tuliskanlah rasa rindu. Luahkanlah bicara sendu. Bahwa engkau menanti 'dia'. Bukan kerna merasa 'dia' adalah terbaik buat akhir hidup seorang hamba. Bahkan kerna Dia tetapkan yang terbaik buat hamba-Nya.

Benar, rasa sering meminta. Mencapah sedaya upaya. Dasarnya rasa tidak mengapa. Lalu akhirnya menjengah bait zina. Bersabar dan terus berpuasa. Berjuang dan terus memperindah jiwa. Bukan kerana si 'dia'. Apatah lagi mahukan 'dia' kerna Dia.

Selagi jiwa itu masih bernafas. Selagi mata itu berasa tenang dan damai. Melihat pegang tangan selepas nikahnya. Melihat romantika lamanya selepas nikahnya. Lafazkanlah pada Tuhan-Mu. Huraikanlah pada Pencipta Agung-Mu.

Dia tak pernah lelah untuk mendengar setiap bisik harapmu,
Dia gundahkan jiwa agar imanmu tak jatuh kerna fitnah dunia,
Dia damaikan istikharahmu saat usaha dan juang mu ingin benar meraih redha Tuhanmu,
Hanya Dia fahami dirimu,
Hanya Dia tetapkan Luh Mahfudzmu,
Berusalah untuk setia,
Bukan pada janji di sebuah baris kata,
Malah buahnya terasa tika akad selepasnya,
Usah buktikan pada dunia,
Usah khabarkan pada yang tiada layaknya,
Indah peribadimu,
Santun kesabaranmu,
Tegar jual mahalmu,
Sematkan di iman yang berteman kalam rahsia Tuhanmu,
Semoga ketemu,
Cinta Agung yang dipenuhi mulus rindu,
Takkan terungkap oleh sajak rindu.

Bukanlah memendam rasa itu istilah kemalaikatan yang sama. Pada bicara sesetengah manusia, bahkan memendam itu fitrahnya menjaga. Bahkan memendam rasa itu bisa lemahkan zina. Bahkan memendam rasa itu meningkat iman puasanya. Kerna hanya diri kita mengenal di mana Dia di hati kita.

Sejauh mana Dia kita mahukan. Seikhlas manakah impian kita mahu menggapa redha-Nya. Terpulanglah untuk hati kita berbicara. Atas nama sebuah cinta, tulus dan jaganya hanya kita yang biasa.

Cinta yang dibangkitkan
oleh khayalan yang salah
dan tidak pada tempatnya
bisa saja menghantarkannya
pada keadaan ekstasi.

Jalaluddin Rumi


-doasepi-
Taman Pemuda
1 Ramadhan


Friday 29 June 2012

Cinta : Tak Pernah Terganti

Bukanlah berbicara seperti malaikat cinta. Bahkan berbicara seperti manusia biasa. Butuh Cinta. Sedar dan waham. Yang kekal dan yang sementara...

Bukankah ia sangat indah..
Bila damai Ilahi menjengah..
Malu, khauf yang bersujud tanpa payah..
Menafilah tari dan irama yang susah..
Bernoktahlah tanpa menanti penuh resah..


Lepaskanlah..
Apa yang engkau inginkan..
Nikmatilah apa yang Tuhan khabarkan..
Bahwa sejauh mana engkau fikirkan..
Bahwa sejauh mana engkau mahukan..
Ia akhirnya adalah Dia..
Segala-galanya tentang Dia..


Lihatlah di atas sana..
Dia hadirkan siang menggantikan malam..
Dia ciptakan malam menggantikan siang..
Segalanya pasti berganti..
Sesuai pada upaya diri..


Memintalah dan teruslah berdoa..
Dia tak mungkin mahu menghalang..
Sesuai dan cocok..
Pada agung dan mulia dzat-Nya..
Dan tika engkau dikurnia..
Maka bersyukurlah..
Sungguh, ia puncak sabarmu..


Berganti dan terus berganti..
Berubah dan terus berhijrah..
Yang engkau mahu..
Sedang menunggumu..
Sedang setia menantimu..
Bergantung pada cocok dan layakmu..


Engkau dan aku..
Hamba yang saling menunggu..
Biar Thantawi menjadi saksi..
Bahwa cinta kita tak pernah terucap..
Bahwa kasih kita tak pernah tertancap..
Pada warkah kata bernama sebelum dan layak..


Hari berganti..
Bulan dan tahun apatah lagi..
Biar hati dan iman bercambah lagi..
Biar sederhana terus mengintai Ilahi..
Biar nama luput dek hati..


Yang bertasbih kerna Ilahi Pemilik Diri..


doasepi
As-Sabirin, Taman Permata

Aku : Pemuda Thantawi

akulah pemuda itu..
bersendiri di dalam kamarku..
termenung sering pada langit malamku..
mahu menjiwai kisah terdahulu..
kelampun masih mampu merindu..
samarpun hatinya tetap pada yang Satu..

akulah pemuda itu..
yang dibilang sering diam membisu..
yang diumpat sering kaku membatu..
walhal dalam hatiku penuh merindu..
rahmat dan cinta dari yang Satu..

sekitarku tak mampu terjemahkan..
sekelilingku hanya bijak menterbalikkan..
peran agama dan bendasing dunia..
terbalik semakin menyiksa jiwa..

aku masih pemuda itu..
choba bermain rindu yang Satu..
pada lopak dunia yang memburu..
simpulnya aku tersungkur malu..
berlari tanpa jemu..
meninggal sisa asalku..

akulah pemuda itu..
sering takut melontar cahaya..
kerna gerun riak kan melata..
sering jua sembunyikan atma..
biar cintaku tetap Rahsia..

akulah pemuda itu..
yang sering tunduk pada malamku..
mendengar bisik sayup Bagindaku..
menikmati firman damai Tuhanku..



doasepi
1 Syaaban, Jln Tun Fuad 3
ATSA Architects

Sunday 3 June 2012

Datanglah...

  
Dunia ini penuh warna. Penuh cerita. Dan engkau hadir. Menyerlahkan warna yang kusam. Menyucikan warna yang kelam. Untukmu kemuliaan agama kami.

Datanglah..
Ingin benar aku menyentuhmu..
Pada kulit dalamnya penuh cerita..
Melupakan sekitarku..
Melenyapkan wajah kesayanganku..


Hatiku sering menangis..
Jiwaku saban kali merintih..
Tika bahagia duka silih bertanda..
Kerna tercipta dirimu dan saudaramu..
Maka lunturlah segala duka..
Maka tersebarlah wajah bahagia..


Datanglah..
Cepat dan seberapa segera..
Ingin benar aku bercanda denganmu..
Malamku rasa singkat..
Siang kurasa terseksa..
Hatiku berhak di jalan ini..
Tika luahku tiada berbicara..

Datanglah..
Memeluk aku lebih erat..
Memujuk dan membasuh hati berkulat..
Datanglah..
Agar nanti..
Ingin aku lagi bertemu dan bercanda denganmu..
Ingin lagi aku berada di sisimu..

Itu realiti seorang bernama manusia..
Butuh Tuhan..
Butuh bahagia..
Butuh cinta tiada bersuara..

Jiwa ini yang bergasak dalam lautan sunyi..
Mendaki dengan calar yang tidak berbunyi..
Menepis soal dunia bersulam budaya..
Ini tentang agama yang sejati..

Sedang mereka bersama cerita dan dunia..
Di tengah kelompok cinta..
Bertemulah pendamping cinta..
Moga ia adalah aku..
Moga ia adalah kamu dan kalian..
Pada tirai malam yang bergelora..
Pada singkap siang yang penuh duganya..
 
Saat ini..
Sampai kapanpun..
Dan saat kau kan sentiasa pergi..
Aku sentiasa mengucapkan kata ini..
Datanglah..
Engkau Rejabku..
Engkau Syaabanku..
Engkau Ramadhan kami semua..


doasepi
Zenith, Kuantan
2 Jun 2012
 
 

Monday 28 May 2012

Tak Terungkap 1

Saat hati kecil itu berkayuh..
Tenggelamnya, lebih dalam berbanding timbulnya..
Bentaknya, ingin merasai kenikmatan air..
Makin hati itu mendalam..
Semakin ia tenggelam..
Hingga warna merah berubah darah..


Ada batasnya sekeping hati itu..
Berkayuh sambil menyelam..
Memejam segala anggota..
Hanya hati yang berbicara..
Hanya hati yang merasa..
Hanya hati juga yang menggerak nyawa..


Tenggelam hatiku..
Tersedak pada rerumpai di dasar pertama..
Cukuplah maka cukuplah..
Hatiku masih punya Tuhan..
Hatiku belum ketemu cinta Tuhannya..


Tika hatiku tersentuh..
Mataku menangis..
Pada jalin-jalin doa..
Harap serendah hatiku..
Agar dirimu turut sama..
Menyelak tanpa jemu..
Menikmati sepenuh rindu..
Cinta dari Tuhanmu..


doasepi

Saturday 31 March 2012

Attar Sekeping Hati : Sucilah Hadir Cinta

Wahai jiwa yang merasa lemah pada cinta. Demi aqal dan hatimu. Demi redha Tuhanmu. Beruntunglah pundi jiwa. Bergema sentiasa untuk Tuhannya. Tak pernah puas. Tak pernah derita. Demi kebergantungan abadi. Moga ia biar bercahaya.
Kebersamaan rasa sebuah cinta. 
Hadirnya tak mahu sekali cuma. 
Mahu selamanya bahagia. 
Mahu segalanya berbicara atas nama Tuhannya. 

Sentiasa mahu mengucapkan salam.
Pada keping cinta yang hadir.
Pada taut rindu yang berpanjangan. 
Sungguh beruntung pada mereka yang bergantung penuh pada Tuhannya. 
Bukankah?

Dan melariklah cinta Tuhan pada hamba-Nya. 
Menggembirkan dan menguatkan hati manusia bernama hamba. 
Membina pasak-pasak iman pada derita tanpa suara. 
Memberi ruang cahaya pada tulis cinta seorang manusia.

Bukankah merasakan hadirnya cinta.
Ibarat dipeluk Tuhan yang Mencipta Segala Cerita Cinta.
Memenuhlah sepi yang luntur bersama.
Merungkailah jiwa yang mahu mencapah lara.

Betapa adil khilaf sebuah neraca.
Dalam sendu pada guru yang paling adil.
Kerna palitnya bukan kerna rasa.
Namun cahayanya.
Kerna bermatlamat cinta Yang Maha Esa.

Bukanlah sehebat Ali.
Mengharap cinta Fatimah.
Agungnya.
Takkan pernah mampu.
Ditertawakan dunia.

Biarkan ia menjalar teguh.
Bukan kerna seorang wanita.
Bahkan hadirnya.
 Bergema pada santun susun-Nya.


 
-doasepi-
31 Mac 2012




Friday 23 March 2012

Berlari Jauh : Menjengah Langit Cinta-Mu

Pada lirik sebuah nama, pada kisah sebuah doa. Hanya Pencipta mampu melihat jiwa.  Hanya hamba mampu merungkai bahagia. Berbahagialah mereka yang hidup pada nama Penciptanya. 

Mentancap syukur pada nama..
Perlahan-lahan mencarik sebuah jatuh..
Yang bergetar-getar..
Pada puing yang zahirnya lurus..

Bermain lirik doa..
Harusnya tiada..
Berusaha sedaya jiwa..
Harusnya setia..

Namun memilih nama yang terasing..
Bukan semudah melirik nota terpenting..
Yang sewajibnya untuk Dia..

Benarkanlah hati yang berbahagia..
Memisah nama dari doa..
Akhirnya biarkan saja..
Penamatnya Luh Mahfudz yang punya..

Realiti itu akan sentiasa mendewasakan..
Berlarilah sejauh pandangan..
Jauh lagi dari dengarkan..
Bisik doa berpanjangan..

Berendamkan air mata..
Bukan kerna terikat pada cinta manusia..
Bermain sendu hiba..
Bukan hijrah kerna wanita..

Rasa cukuplah dengan apa yang ada..
Rasa damailah pada yang tiada..
Rasa jauhlah pada kerna putus doanya..

Kerna tak pernah kita ketahui..
Cukupkah cinta kita pada Ilahi..
Bukan mungkin hanya cinta suci..
Bahkan diri sehina diri..

Pada-Mu,
Allahu Rabbul Izzati..


-doasepi-

Friday 16 March 2012

Surat Cinta dari Ilahi : Tinggalkan Apa yang Menjauhkan Dirimu dari-Ku..

Tunggu aku, kerna Tuhanku dan Tuhan kamu. Kerna andai kamu bisa lepaskan aku. Sudah tentu juga aku. Ia seharusnya begitu. Kerna kita bertemu. Dan kita akhirkan doa sendu. Kerna Dia. Yang dari atas sana beri kita rahmat mulia.
Usah dikau berhenti, mencari jejak-jejak tertinggal. Dayungnya tak pernah puas. Yang berlalu dibiar terus berlalu. Pamitkan sahaja pada ruang-ruang yang bertalu. Waktu itu bukankah terlalu singkat. Menjengah nafas kita yang bermain-main pada sebuah harap. Yang terlalu lemah pada sebuah hakikat. Allah Maha Mendengar bisik segala cerita. Walau sedetik cuma, ia tetap tersampaikan. Dan bermohonlah bersama lenyap harap. Biarkan ia berlalu. Dirimu, teruslah menuju syurgamu. Akan sentiasa hikmah berlagu buatmu. Untuk dirimu nyalakan kalbu yang hampir punah kerna harap-harap palsu. Kerna ego dan lemah lembutmu.

Berhijrah kita tak pernah buatkan mereka yakin. Kerna mereka masih berjalan pada lagu yang sama. Kerna mereka dangkal menghurai fiqah dan tasaufnya. Haramnya jelas, namun hubung minannas berlalu tak mampu lagi untuk bernafas. Kembara pada doa-doa sepi seorang hamba bernama pemuda. Bukan kerna dunianya. Bukan apatah lagi pada nikmat seisinya. Hati yang bernama hati. Sentiasa bersuci. Sentiasa bangkit cuba sedaya diri. Bangun pada malam-malam hari. Dia mahu berdoa. Itu sahaja. Kerna esok paginya, dia berusaha. Gigih dan putih hatinya.

Andai peluang hadir atas nama menjauh babak zina. Menjauh luka sengsara. Menjauh khabar berita. Menafi segala yang kekal di lubuk dada. Teruskanlah dan teruskanlah. Allah Maha Melihat. Hanya Allah Maha Menentukan. Hanya Allah, Tuhan dirimu dan diriku. Kepada Dialah puncak segala keredhaan. Kerna memilih untuk menerima ibarat kesulitan untuk hati kekal tidak berzina.

Tatkala bertalu bermain api pada sebuah harap dan doa. Mahabbah itu mendekat andai mereka mahu ia mendekat. Dan jauh itu melarat. Andai harap mereka juga mahu ia tersurat. Dan kepada Allah jualah yang Menuliskan. Perjalanan hidup, jodoh dan rezeki. Akan sentiasa silih berganti. Mohon mahu untuk terus di sini. Atau berbisik mahu sejauh-jauhnya pergi.

“Sesungguhnya dengan ikhlas aku hadapkan wajahku kepada yang menjadikan langit dan bumi, dan bukanlah aku daripada golongan musyrik (orang yang mempersekutukan Allah).”
  
(al-An'aam, 79)

Hijrah dan nawaitu menemani. Bahawa disiplin aqalmu dan istiqamah amalmu sentiasa tersemat di hati. Takkan pernah ia menjauhi. Walau sedetik ia ingini. Kembalilah segala hati-hati. Yang sedar tersangat sedar. Bahwa terkadang bisik sepi. Tak selalu sama pada harap yang menjauhi. Takkan pernah ia meluntur. Takkan pernah ia memudar. Kerna hijrah dan nawaitu masih sama. Mencari redha Maha Mulia. Bukan memilih menghurai kata demi selamatkan kisah derita. 

Sungguh damai dan tenang. Bahagia apatah lagi. Saat Engkau memeluk diri. Yang pergi itu realiti. Kerna akhir sebuah nokhtah, bukan pasaknya pada putus sekeping kata. Ku biar kalam berbicara. Menghurai hasrat-hasrat jiwa. Melega harap cinta. Bahwa Engkau Penentu Segala Cerita. Akhirnya, terukirlah senyum bahagia. Antara dua keping jiwa. Yang pentingkan redha Tuhannya. Yang nafikan hasrat dunianya.

Wahai manusia! Dibuatkan perumpamaan, maka dengarkanlah ia (perumpamaan itu). Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk (menciptakan)nya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu daripada mereka, maka mereka tidak dapat merebutnya daripadanya (lalat itu). Amat lemahlah yang menuntut dan yang dituntut. 


( al-Hajj, 73 )

Andai benar istikharah itu bersuara sama, bukanlah ia terletak pada Tuhannya sebagai wasilah untuk mendapatkan keluhuran sebuah cinta. Bahkan ia terletak pada sekeping hati yang inginkan segala kebaikan dari Tuhan kepada hamba-Nya. Semoga Allah menjaga hati yang sentiasa inginkan redhanya. Moga sahaja Allah mencintai hati hamba-Nya yang sabar. Di mana tika akhirnya, hanya redha jadi matlamat. Hanya syurga jadi akhir tempat. Tika itu, hanya cinta Tuhan jadi pasak. Indah tak terucap.

Dan kerna itu, seorang hamba titiskan air mata. Dan kerna itu, seorang pemuda meminta untuk zina dijauhi. Dan kerna itu wanita minta fitnah dirinya dilindungi. Kerna kecintaan kepada Tuhan mereka adalah matlamat. Dan sungguh, wasilah yang menjemput dari sisi. Ibarat debu-debu yang sentiasa disapu. Ibarat air-air yang mengalir pergi. Iakan bergerak, iakan mengalir. Sekadar iakan mampu. Bersama amal dan taqwa diri mereka.

"Sesungguhnya orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang yang telah DIUJI HATI mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka keampunan dan pahala yang besar." 
(al-Hujuraat, 3)

Semoga surat cinta dari Ilahi kan sentiasa bersama. Mendekat dalam hati-hati hamba yang rindukan sebuah hakikat mahabbah. Ia bukan bergerak seperti plot cerita cinta. Bahkan ia lebih berbeda dari sebuah novel cinta. Duhai Tuhan, semoga Engkau redha terhadap kebangkitan dan kesucian hati seorang hamba-Mu yang merindui kasih-Mu. Kerna mencintai-Mu terkadang buatkan diriku hilang dalam pelukan-Mu. Tatkala bertasbih pada fitnah dunia yang mencarik luka.

Dan menangislah duhai mata, dan melupuslah sekeping nama. Biar ia sekejap cuma, biar ia selamanya mungkin. Kerna hidup di dunia mencari rahmat-Nya. Yang sering terpadam saat fitnah dunia bercahaya. Lalu bertasbih kalam cinta yang Mulia. Tanpa sebarang makna selamanya. Biarkan ia berlalu. Demi redha Tuhanku dan kamu.


Dirimu bunga terpelihara. Dan hanya Tuhanku tahu, bahwa aku ini kumbang penjara. Pada nafsu yang hina. Puasa aku kerana Pencipta. Bukan kerana bunga yang harumnya terpelihara. Demi ayat Tuhanku. Juga Tuhanmu, maka yakinlah. Bahawa tidak semua lelaki terbaik mampu jadi yang terbaik buat gadis terbaik. Dan begitulah sebaliknya. Ia bukan sekadar lontar minda Yasmin Mogahed, ia pedoman mahal yang berguna. Buat aku dan kamu.
- doasepi -