Pages

Sunday 25 September 2011

Relung Hati 1

Pemuda itu masih berjalan. Terus. Berusaha, berjuang, masih degil. Terlalu yakin pada bisik istikharah di malam hari. Percayalah, bukan hati pemuda itu yang berbisik. Andai yang dipendamnya kerna wanita, bukan DEMI Tuhannya.

Belum tiba waktunya..
Untuk menjemput seorang bidadari..
Tika dunia masih di hati..
Dan akhirat timbul tenggelam dalam sepi..

Belum nampak bayangnya..
Seorang bidadari Islami..
Andai melihat takdir pada pandang manusia kebanyakan..
Bukan mentafsir mengikut Al-Quran dan sunnah..

Mungkin realiti bukan untukku..
Menjemput dan memimpin bidadari..
Selagi waktu dan takdir berjauhan..
Selagi keredhaan Tuhan culas mendamaikan..

Belum waktunya sebuah realiti..
Belum tibanya cinta yang suci..
Masih berbondong jalan-jalan berduri..
Untuk seorang pemuda Thantawi..

Mungkin sahaja bidadari itulah gadis Thantawi..
Wajah tiada terpandang zina..
Mata tiada telampau kata..
Pada watak-watak dunia..
Manusia-manusia kebanyakan..
Memperguna ayat Tuhannya demi cinta..

Sudah lama ku terhenti..
Kerna hasratku menjemput bidadari..
Masih jauh, namun tidak ia sepi..

Dari bisik cintaku yang penuh isi..
Tanpa usahaku dan tawakalku terhenti..
Untuk sebuah impian yang terpasak suci..

Doakan sahaja kita nanti..
Buat dirimu yang kunanti..
Bidadari Ilahi yang bernama gadis Thantawi..

 “Ketahuilah bahwa yang menggerakkan hati menuju Allah ada tiga perkara: CINTA, TAKUT dan HARAPAN. Dan yang paling kuat adalah cinta dan cinta itu sendiri merupakan tujuan kerana akan didapatkan di dunia dan di akhirat.”

Ibn Taimiyyah


arthantawi

Thursday 22 September 2011

Izinkan Aku

Benarkan dirinya. Izinkan dirinya. Bersama kedegilan yang iman dasarkan. Bersama usaha yang Baginda sarankan.
Tuhan kita, menguji bukan setakat jiwa. Tuhan kita, menguji bersama dugaan anggota. Tika rezeki belum menjelma, tangan dan kaki tak harus dibiarkan melara. Ke ruang-ruang sisip hina. Hidup itu berterusan sifatnya, selagi nafas belum terhenti pada waktunya.

Andai masih, berdiri dan setia pada sebuah keyakinan. Tidaklah bermakna setianya juga pada hati yang sama. Anggota dan jiwa itu gabung nyawa yang menyempurnakan seorang hamba. Bergetar dan bergasak pada suara-suara mendatang. Namun jiwa dan anggota masih sama. Berpegang pada doa, yang hamba itu sendiri mahukan. Kesetiaan cinta yang Tuhan bisikkan saat malam.

Tiadalah kenikmatan cinta dan redha Tuhan, andai mahunya hamba pada dasar nafsu dan rupa. Benarkanlah diri bergasak suara, bergelintar bisik doa, bersepah karya luahan rasa. Selagi segalanya rahsia. Selagi segalanya bukan kerna dirinya, benarkanlah hamba meletak sepenuh percayanya kepada Tuhan dirinya.

Meminta kepada Tuhan, kerna tak mampu untuk dekatkan. Kerna segala sebab yang belum selesaikan, sebelum keindahan halal disampaikan. Penuh jelas, penuh sempurna, penuh jiwa membara. Bersama menelusuri rimba dunia, tatkala kiamat semakin tiba. Mungkin cinta terpelihara bisa jadi azimat berbunga, demi redha Tuhan yang Maha Esa.

Benarkanlah dirinya. Izinkanlah hamba Tuhannya. Mengarang karya terpendam dirinya. Usah dikhuatirkan, usah dirisaukan. Kerna bicara itu rahsia. Dan doa sahaja jadikan ianya bersuara. Pada jelmaan ketulusan yang membina, bukan salah sangka yang menebar duka. Selagi Tuhan jadi pengantara, moga bicara rindu terpendam kan tiba. Tepat pada waktunya. Juga bersama semarak iman dan amal.

Kejauhan itu kedekatan terindah. Saat Tuhan berada di tengah. Saat Baginda dirindui gundah. Saat jiwa dan anggota tak pernah lelah. Betapa keizinan itu ibarat permulaan yang terang dan bercahaya. Mengisi jiwa yang merindui bersama Tuhan. Semoga karya ini difahamkan. Oleh jiwa-jiwa pencinta rindu terpendam.

Seandai dirimu belum ada pasangannya, usah sekali merasa risau...

Kerana di sana masih ada ketentuan Allah, Maha Terbaik buatmu...

Terus, sepatutnya dirimu risau andai imanmu berkurang...

Maruahmu dibiarkan dan hatimu kelam tenggelam dalam kemaksiatan...
Bimbangilah akan apa yang sepatutnya dibimbangkan...

Dan lebihkan berfikir apa yang harusnya diutamakan...

(fibyuyu)




arthantawi

Wednesday 7 September 2011

Ketetapan Cinta : Bila Takdirmu Merupakan Pengorbananku

Untuk menjadi seseorang yang tepat, sudah tentu ketetapan hati pada sesuatu pilihan adalah kewajipan.
Walau apapun badai melanda hidupmu, Allah itu faham hatimu. Apa yang dirimu inginkan adalah keredhaan dan kecintaan serta rahmat-Nya kepada seluruh kehidupanmu. Dari kecil kamu bertatih, sehingga akhirnya jasadmu di sana. Beruntunglah mereka yang tetap hatinya. 

Membuat pilihan itu sukar. Dan saat pilihan itu hadir tatkala jiwa dan aqalmu menafikannya, renungilah. Kehidupanmu akan terus berjalan. Tidak salah untuk dirimu mencari lubang-lubang keangkuhan hati dan sifatmu. Andai terkadang kamu cemburu melihat gadis solehah dan cantik itu, berjaya dalam hidupnya, lihatlah lagi. Pada sang suami yang soleh dan tenang wajahnya, dan juga kaya hidupnya bersama anak dan isteri yang turut sepertinya. 

Nikmat-nikmat Allah itu membawa diri, untuk kamu dan aku melihat keindahan yang terpapar pada sebuah kedamaian dan kejayaan. Tidak ramai memuji sang Adam yang sentiasa solat malam tanpa siapapun mengetahui, yang lambat mendapat kerjanya, namun ramai yang memperkatakan mengenai sifatnya dan itulah petanda rezekinya. Seolah-olah nasib hamba Allah itu tidak akan berubah.

Menjadilah seseorang yang terbaik dan tepat. Agar dirimu membawa berjumpa seseorang yang cukup sempurna buatmu. Tidak perlu beribadat seperti Rabiatul Adawiyah, kerna diri umat Muhammad saw mustahil untuk menjadi abid seperti beliau pada dunia kini bercampur baur. Namun cukuplah andai hatimu sentiasa terpelihara, jiwa dan seluruh anggotamu sentiasa berarah kepada redha-Nya.

Aku dan dirimu harus berusaha bersungguh-sungguh. Aku dan dirimu ingin bertemu pada sebuah cinta  yang indah. Selepas akad. Dan sudah tentu aku dan dirimu tak mampu meneka. Siapa dan bagaimana. Berusahalah sepenuh jiwa. Moga harapanku adalah benar-benar kamu. Biarpun sukar, mungkin itulah sebab kita harus jadi seorang yang tepat, terus..berjalan menikmati cinta terpelihara!!
Sudah tentu Allah mahu aku dan kamu berusaha terlebih dahulu, sebelum bertemu menemui cinta yang satu. Dan mungkin inilah jawapan rindu buat dirimu yang penuh rahsia pada sujud malamku.
arthantawi