Pages

Friday 16 December 2011

Relung Hati 3

Benarkanlah ia berbicara. Menghapus jejak dosa. Mengisi ruang usaha. Sungguh namakan terhapus. Pada sebuah penantian cinta. Tersurat pada Luh Mahfudz dua keping jiwa. Kapanpun menunggu, menggores calar-calar hina. Pada dunia yang sementara.

Duhai Gadis Thantawi..
Harus engkau ketahui..
Bahwa sering aku rasakan..
Kedekatan sebuah luahan..

Sering juga, aku rasakan bahagia..
Dalam perit penat lelahku..
Sungguh, sering kupadam namamu..
Namun bertasbih semakin ia..

Namamu Gadis Thantawi..
Hanya aku..
Bisa huraikan..
Hanya aku..
Bisa temukan..
Hanya aku bisa temui walimu..

Ku mencarimu..
Saban sujud malam..
Tika siangku bekerja sepenuh jiwa..
Pulang malamku rebahkan jasad hamba..
 
Semata-mataku..
Ingin, terlalu gamang..
Bangkit bisikkan istikharah..
Pada setiap akhir hajatku..

Bekerjaku, bisa temukan yang lebih sempurna darimu..
Mungkin juga, bisa temukan yang lebih tersirat darimu..
Dan apakah aku yakni sang hamba pada Tuhannya..
Tak punya kuasa untuk bertahan?
Tak juga punya cukup yakinnya untuk berjuang?

Melamunku memikirkan..
Nikmat Tuhanku..
Tatkala kuhapuskan namamu..
 
Sedang aku asyik bernafas..
Perlahan-lahan bisik yakinku..
Bahwa hati ini bersabarlah..
Jagad khayalku, DEMI dan HANYA Tuhanku..

Kelumit ini, berbicara dari separuh imanku..
Bahawa namaku pemuda Thantawi..
Tak pernah  mahu dosa terpalit..
Tak pernah mahu jiwa terlena..
 
Kerna nawaituku..
Takku biarkan..
Bernafas kernamu..
Hamba terpelihara..
Bernama Gadis Thantawi..

Semoga Tuhan temukan ketetapan..
Semoga Tuhan realitikan pertemuan..
Juga cambahan keyakinan..
Umpama keindahan cinta..
Fatimah dan Ali..





arthantawi



Thursday 1 December 2011

Hijrah Sebuah Harapan : Bertasbihlah Sebuah Keyakinan

Hati itu berhijrah. Menuju kesempurnaan cinta. Semakin ia terpelihara. Hanya meraba-raba redha dan kesempurnaan jiwa, dan anggota. Sebelum menikmati agung cinta yang terpelihara.

"Wahai orang yang menanyakan kepedihan cinta, engkau kan teruji di kemudian hari kerana kesabaran, usah engkau mencari pekerjaan kekejian, atau seperti orang mencari aliran air kala hujan, ingatlah Allah dan takutlah azab-Nya, hindari para pelaku kefasikan dan kekejian, peluklah pipi kekasih tecinta, pada malam-malam yang sepi buta"

Said al-Musayyab

Malam ini, menabir lagi sendu sepi. Bulan, yang kemilaunya kelam. Bermuhasabahlah duhai jiwa. Pada hijrah sebuah harap. Harapan itu, yang terbina dari ikat-ikat yang erat. Makinnya ia tegar tika harap mulai meluntur. Makin pula, ia mengerat saat dugaan hadir menambah kabur. Dan kepastian yang mulai membuncah, akan taqdir Luh Mahfudz. Sakitnya, saat bergerak hijrah. Pada tangan yang mahu mencapai. Lafaz cinta selepas akadnya. Itu hakikat pengorbanan DEMI dan HANYA Tuhan.

Bukan kerna lumrah pergaulannya, jiwa itu berdiri antara syurga dan neraka. Tapi bahayanya kerna selembut-lembut jiwa, berbalik bolaknya, firman itu yang tetap, dari Tuhan yang Mencipta Dua Hati.  Hanya sisa usaha dan yakinnya, silih berpegangan. Mencipta satu HARAPAN. Yang berbeda. Jauh, dari IMPIAN. Bukankah impian bergerak pada mudahnya usaha? Dan harapan bergerak pada yakinnya upaya? Sungguh, yang bererti dan berkekalan adalah pasaknya, berlagu pada KEYAKINAN.


"Jika hasrat cintamu menggelora, kuasailah hasrat dengan berpuasa, memang engkau tidak dapat lari dari cinta, tapi itu mengalihkan dirimu dari bayang-bayang cinta"

Malak

Kaburlah duhai jiwa yang bicaranya dangkal. Hambar dan tawar. Mungkin sahaja tak mampu seagung cinta Ali dan Fatimah. Andai leburnya di pertengahan. Melayan bisik ajnabi. Rungkai bait khabar, rungkai bait puji. Semulia-mulia iman, bukankah kan terjatuh kerna sehina-hina zina?

Berusaha biarlah tidak nampak. Berdoa biarlah penuh kehendak. Berdetak separuh dari iman. Bukan terhasil dari pengorbanan untuk si rusuk kiri. Namun bergoncang hebat. Panah iman. Terhasil suci dari nawaitu DEMI dan HANYA Ilahi.

Sambutlah YAKIN ini. Bertiup pada kabus merentas ribut. Jelasnya bukan pada suara. Pendamnya terasa bukan sementara. Abadi memegang hati. Mungkin sahaja HARAPAN malapkan IMPIAN. Lalu cinta bertasbih penuh iman. Kadang yang terlalu fikirkan. Akan bisa jauhkan jarak bisik malam. Namun itulah HARAPAN. Tersimpannya bersama doa-doa yang berusaha. Bergeraknya bersama jujur-jujur yang bertetapan. Terpendam rindu, memeluk malam ciptaan Tuhan. Melalui hijab-hijab yang tiada bersentuhan. Oleh zina hati yang kian tenggelam.

"Kenikmatan tidak lagi dirasa pelaku yang haram, dosa dan aib tetap berlanjut sepanjang masa, akibat tetap abadi dengan akibatnya lagi, apakah erti kenikmatan yang berkesudahan api?"

Sufyan At-Thauri

Kini bertukar, malam mendingin. Cengkerik bersahutan, beranginkan sebuah ketenangan. Sejuk jurai titis air mata. Memejam tak mahu dibuka. Indah membisikkan HARAPAN. Berpasakkan keYAKINan. Sendu ini memuncak. Harus berhenti. Kerna esoknya HIJRAH kan bermula lagi. Segalanya bertasbih. Jiwa dan anggota. Nurani yang bercinta. Pada tetap jalannya. Menujulah bersama.

Sebelum menjemput gadis Thantawi, jiwa ini. Kan berdoa bersiap siaga. Mohon dua jiwa terpelihara. Agungnya duhai cinta. Rumah tasik itu masih di sana. Untuk pemuda dan gadis Thantawi. Berhijrah mereka DEMI dan HANYA Tuhan. Berkorban mereka DEMI dan HANYA Tuhan. Melupailah untuk menemui. Lafaz cinta sepenuh hati. 

"Kukatakan kepada orang yang menginginkan, jalan ke perbuatan itu tak akan dikabulkan, kami punya pendamping yang tak kukhianati, engkau adalah pendamping lain selain diri ini"

Laila al-Ukhailiyah








arthantawi









Saturday 26 November 2011

Relung Hati 2

Kerusi itu kosong. Belum punya manusia untuk diduduki. Lalang-lalang keliling memanjatnya. Kerusi itu warnanya putih. Takkan mungkin menjadi merah. Tetap dalam segala cerita. Moga Tuhan turunkan hujan. Lalu manusia takkan berhak duduk. Kerna basahnya. Renyailah bersama cinta agung dari Tuhannya.

Malam ini sepi, tergugah saat sendiri..
Masih, di hujung penjuru tingkap..
Selaknya hanya sedikit..
Biar purnama sampaikan terangnya..

Ada persis tiada, menghilang..
Keberadaan sudut dalam simpang..
Sulit berteman doa, sayu tak terhurai..
Hanya jurai manik-manik halus..
Janji malunya terpateri..
DEMI dan HANYA kerna Dia..
Bukankah?

Bait ini terpendam dalam..
Berdiri tegak, di segenap wajah..
Memeluklah ayat kalami..
Menitislah, penuh erti..
Separuh jiwa teresak pergi..
Terpejam mahu, bernafas lega..
Hijrah ini, pengorbanan ini..

Takkan sesekali berani..
Menyanjung lafaz, akadnya kelam..
Usah sesekali..
Terhibur dan leka..
Bahawa jauh jarak..
Sedekat kirim doa yang telus..

Terindah pada dirimu..
Ada pada jiwaku..
Bersatu pada sanad dan firman..
Bergetar saat kita beribadah..
Menjunjung cerita dari sebuah harap..
Hujannya rindu, wajahnya rahsia..

Puncak malu seorang hamba..
Biar keliru dari bercumbu..
Biar berhasrat tapi menyekat..
Batas dan gaulnya..

Renangilah desir doamu..
Pada tahajjud keberadaan hatiku..
Rahsia, yang ronanya kelabu..
Menjamu dalam iman di qalbu..
Bertasbih dalam pasaknya cara..

Aku menyanjung cinta..
Bukan jelmaan manusia suci..
Yang di mataku berlembut jiwa..

Aku menyanjung cinta..
Bertatihnya pengorbanan dan hijrah..
Yang di mata kita..
Berlandas quran dan sabda..

Kerusi yang basah, dan hamba berdoa di tengah terik cahaya. Keringlah tika berduanya bersatu. Ia rungkai sebuah persamaan. Ia rungkai sebuah taqdir. Bukan dongeng. Moga ia juga, bukan harap dan doa kosong. Bererti, indahnya sangat suci!



arthantawi 

Friday 25 November 2011

Hijrah Cintaku : Pertemuan Yang Sentiasa Butuh Pengorbanan

"Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan
perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa
pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu bahan olok-olokan. Mereka itu akan
memperoleh adzab yang menghinakan." 

Luqman, 6

Malam itu lunak. Tanpa dikaburkan bait irama yang disangka nan indah. Diserakkan bersama rasa malu. Puncak akhlak itu kian tertinggi, antara dua keping jiwa. Berkorban rasa pinta direnyaikan. Bilakan saat terindah itukan terjaga. Teruskan terpelihara, lamanya hingga usai siap siagalah mereka. Dalam hati sang pendoa, sentiasa rasa terhibur. Pada resah yang bersinggah. Pada kelu sendu, direlungi titisan air matanya.

Tahajjud malam hari kan mendekatkan yang jauh. Yakin dan tulus. Semakin tunduk dan mendekatlah sayup doa yang sama. Meminta untuk dijauhi. Memohon agar hati tidak sesekali dicemari.
Mempercayai bisik harap. Sentiasa ia bersuara. Kerap dan sentiasa pinta dijauhkan. Sebelum waktunya. Sungguh, jiwa-jiwa yang mencintai keredhaan Tuhannya. Tidak sesekali inginkan kalimat indah. Terpacul penuh mudah. Tertulis penuh bait. Ia mahu untuk disimpan. Iakan mahu untuk dihijab. Iakan sentiasa gamang. Pada gerun takut pada zina. Bukankah terindahnya kerna menjauhi kotor dan keji? Dan sering hati dan segala anggota meneguk terus, ungkap-ungkap suci dan telus dari Tuhannya.

“Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” 

Yusuf, 24

Seribu musim pun akan terus berlalu. Saat fikir tiada lagi akan sebuah penantian. Jauh dari dasar hati, mahu iakan muncul di akhirnya. Sungguh, tetapnya hati itu. Kerna tetapnya istikharah yang berdesir. Pada wajah yang tak pernah nampak, pada suara yang tak pernah tersurat.

Menjauhi corong emosi. Bergetar pada sebelahnya nafsu yang maha keji. Menyiratkan malu yang bertemu. Sujud terindah dan tertulislah kedekatan sebuah taqdir. Akan sebuah rindu terindah. Tersiksa kerna berusahanya dari sisi halal. Terperit kerana doanya tak pernah menipis. Tersedu sedan kerna memilih simpang yang sulit namun penuh tulis dan bait keimanan haqiqi.

Berusaha sentiasa perlu bermuhasabah. Usah sampai segalanya nampak putih dan gebu. Sedang syariat bersuara serak menafi rindu di qalbu. Memilih untuk mencintai. Umpama berkorban tanpa henti. Umpama menanti suatu yang pasti. Bukankah?
Malam akan sentiasa mendatang. Bingit menyiksa hingga kapan pun hilang bicara. Menulis rangkap bisa buat hati yang menanti. Bernafasnya DEMI dan HANYA Ilahi. Simpang kanannya bercahaya. Sulit. Pandanglah ke hadapan.

Kesulitan takkan pernah berubah pada namanya. Ia kan sentiasa bersifat sukar. Ianya berduri. Ianya perlu iman tebal di hati. Ianya perlu redha ayah dan ibu yang dicintai. Ia juga, sentiasa melukis pada sebuah kanvas hijrah. Kepada kebaikan. Kepada kesempurnaan.


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang AKU, Maka (jawablah), bahwasanya AKU adalah dekat. AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."

Baqarah, 186 



arthantawi

Sunday 23 October 2011

Mencintai Tuhan : Lalu Kita Pasti Bertemu

Dan tersulamlah simpulan seorang pemuda dan gadis. Mereka mencintai Tuhan mereka. Mereka tak pernah mahu rasa membuncah sebelum akadnya. Berusahalah. Usah penat dan lelah. Sungguh, pendam mereka pendam teragung.
Berlarilah bersama sebuah harapan. Disulam, bersama benih-benih ingatan. Kadang hati itu rasa mahu untuk mengetahui. Terkadang hati yang sama itulah, ingin benar untuk mengkhabarkan. Kerna lumrah yang berbolak balik. Ke atas dan ke bawah manapun, harapan itu tetap sama. Kerna telah wujud sebuah ingatan. Dan tanpa calar yang dalam, dan  tanpa rentas syariat agamanya, maka sudah tentu hati berbicara pada suatu sudut yang berbeza. Mengorbankan rasa untuk sebuah gelojak serba dan salah.

Memegang erat-erat kalam Tuhan. Di dalamnya terdapat cahaya dan jalan untuk dipegang. Andai terjelepok, koreksilah jiwa. Andai mendekat, teruslah mengucup keredhaan Tuhan. Hanya jiwa-jiwa yang berharap tak pernah luntur, akan sentiasa mengorbankan rasa yang terpendam. Betapa hati itu bertemankan manik-manik tulus. Kerna menjauhi untuk menemui. Dan melalui hari-hari esok, dengan menyibukkan diri dari mengingati.

Doa itu tak pernah memudar. Warkah sepi tak pernah berbicara. Hanya Tuhan yang jadi saksi. Betapa perihnya usaha. Memperbaiki dan memperindah. Maksud sebenar seorang pemuda dan gadis yang bertuhankan Allah swt. Dan menafilah nama-nama yang jujurnya diharapkan. Kerna takut pada zina yang hina. Kerna ingin segalanya berbeza. Suatu hari, bertemu pada jasa-jasa kecil. Yang tidak ternampakkan oleh jiwa punya anggota. Tuhan kan takdirkan yang terindah untuk yang baik. Dan yang terbaik untuk yang meningkat jiwanya.

Harumlah bau-bau syurga, dek meminta ingatan itu menjauh. Sesekali terkenang, segera hati kecil minta didekatkan. Betapa jiwa itu lemah. Lumrah jiwa pemuda dan gadis yang ingin segalanya tanpa syubhah. Saat perasaan itu bertasbih, cinta yang terpelihara kan menghampirkan mereka.
Semoga, itulah lafaz yang ingin benar dilafazkan. Suatu hari, bergeraklah ke arahnya. Betapa cinta selepas akad itu terindah. Namun, sudah tentu doa-doa yang berharapkan kan bertemu. Untuk mereka yang memelihara diri dan nafsu. Berpisah menjauhi zina. Bertemu menyulam cinta terpelihara. Semoga berjaya.
Engkaulah Tuhanku..
Allah Yang Maha Menyentuh Jiwa Yang Mahu Disentuh..
Sekali disentuh oleh-Mu, ku kan jadi buta..
Pada mohon mulia tangan-tangan yang menyapa..
Dan daku bermohon..
Agar hatiku sentiasa tersentuh dek rahmat-Mu..
Untuk aku kekal ke rumah tasikku..
DEMI dan HANYA redha-Mu..
Takkan sesekali jiwaku tergugah!!
 

arthantawi
 

Friday 14 October 2011

Menanti Cintamu : Ayuh Semarakkan Pengorbanan Jiwa

 
Belajarlah untuk berkorban. Belajarlah bahawa berkorban itu menghampirkan apa yang diinginkan. Dan mensia-siakan angan-angan umpama menghampirkan neraka jahanam. Dan meleburlah redha dan nikmat cinta, walau sejauh manapun terpelihara ia.
“Di antara kesempurnaan Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna.
  
(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Saat waktu itu berdetak tanpa hentinya, maka berkorbanlah untuk sebuah harapan. Memendam dalam-dalam. Pada puncak sifat malumu tertinggi. Bergasak sudah pasti, pada rencah dunia yang mengemis harap dari hatimu. Dan dirimu beristighfar, memenuhi tiap jasad anggota dan jiwa hamba. DEMI dan HANYA Tuhanmu bersuara, berbicara, menyentuh mulia. Tunduklah demi penyucian jiwa yang menjauhi fana dunia. Bersabarlah duhai jiwa yang lara. Menetaplah doa-doa pada harap yang saban hari ikhlasnya sama.

" Dan ketika Yusuf sampai keperingkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. "
Yusuf, 22

Harus sentiasa berbisik dan bercinta dengan sebuah kehidupan hamba. Harus memperbaiki dan meningkatkan jiwa yang terleka. Tatkala hikmah zikrullah itu bukanlah semata kerna disempitkan oleh ucap lisan berbentuk puji dan takut pada Tuhan. Sedang Ibn Kathir bilangkan, ia ibarat pemandangan luas, untuk dipelajari. Untuk dihadapi. Bukan dijauhi. Kerna wujudnya soal matang sesebuah pengharapan adalah mencari jalan yang penuh rahmat pada sebuah pemandangan berduri.

Termasuklah ia. Jelasnya, kerna terlalu memendam rasa yang malu dan terpelihara. Sedang harus hamba itu, mengikat diri dan seluruh nawaitu. Demi kejar dan peluk redha Tuhannya. Terkadang gerimis itu menggamit, namun biarkanlah ia berlalu. Mohon damai untuk bertemu pada waktu penuhnya restu ayah dan ibu. Bukankah yang sentiasa menjadi baik, kan mendekat pada hati yang sentiasa sama berbuat baik?

" Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada ketika-ketika yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah- perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. "
    
Hud, 114


Dan menghapuslah ruang-ruang hitam di dalam hati. Dan mengalirlah kejujuran sebuah pengharapan dan doa. Ia bersifat istiqamah. Ia tak pernah jemu penatnya. Ia disulam dengan cahaya kebaikan dan baik sangka. Ia sentiasa bernada hamba. Bila saat hatimu bergundah gulana. Dan tika jiwamu berbolak balik. Lalu Dia damaikan dengan sebuah keyakinan haqiqi buat hamba-Nya. Yang hanya bertemankan tafsir kalam suci dan sunnah selamanya.


Tiadalah sebuah pengorbanan itu berlagu indah. Tanpa khabar yang hijabnya sedikit hanya terdedah. Kerna jiwa harus sentiasa bermadah. Bahawa seorang hamba akan mampu berubah. Pada detik waktu yang akal tak mampu menggugah. Hanyut dan hiba. Lesu dan berdosa. 


Bersabarlah pada sebuah kejauhan. Mohon sahaja dihadirkan cahaya pertengahan. Mungkin sahaja kan wujud seorang hamba bernama pengantara. Ia tersampai tanpa terluka. Ia mengkhabarkan tanpa marosak jiwa. Demi sebuah janji yang bersalut doa. Semogakan mengalir doa-doa terpelihara.

"...pemuda dan gadis masa kini hanya memikirkan mahu berkahwin, namun malangnya tidak pernah memikirkan bagaimana selepas berkahwin..."

(petikan program bual bicara Assalamualaikum, TV Al-Hijrah)

Bahawa sungguh, hakikat sebuah pertemuan hati yang terpelihara. Umpama kapal yang bersedia. Selepas akad terlafaz. Bersabarlah. Dan belajarlah. Bahawa melupakan sesuatu yang belum waktunya ibarat menghampirkan akhirat dan dunia buat dirinya. Melihat akhirat itu, biarlah di hadapan matamu. Dan letakkanlah dunia itu, di bawah dagumu. Semoga redha Allah kan terus bersama.






arthantawi
3125

Wednesday 12 October 2011

Aku Sembunyikan Namamu : Di Balik Redha Tuhanku


Menantilah. Selagi hujan belum ke bumi, tetaplah pada sebuah janji. Kerna hujan itu ciptaan Ilahi. Dan risikan itu sebuah Luh Mahfudz yang suci. Pilih dan bersabarlah pada rintik yang cuba merisik hati. Yang takkan termampu puteri Islami menafi, andai hujan adalah seorang pemuda Thantawi.
Angin bayu itu..
Sunyi tanpa dosa..
Hikmahnya terisi rindu bahagia..
Tak mampu juga ia mendamai jiwa..
Melupakan untuk menemui..
Memelihara demi Ilahi..
Tak mahu kita terjatuh..
Yang takkan mungkin berdiri lagi..

Maka hari-harimu terisi. Bersama isi yang nawaitunya satu. Hanya satu, untuk selamanya. Dirimu hidup bukankah untuk Dia? Bangkitkan dahulu nikmat-Nya padamu. Soalkan terlebih dahulu nikmat-Nya menarik dirimu kembali mendekat-Nya. Kemudian sahaja engkau harus bertanyakan, apakah cinta itu harus engkau miliki. Perasaanmu benar, kerna engkau sedang melakukan apa yang terpelihara. Engkau sedang menjaga apa yang seharusnya terjaga. Benar juga, engkau sedang berusaha sedaya upaya.Tika hatimu sentiasa berkata, aku mahu redha Yang Esa.

Lalu bergema suara Ilahi, bila terkadang asyik dirimu berusaha, terkena tempias oleh Penciptamu :

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

“ Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana WANITA YANG BAKAL DIKAHWINI maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya ”.

(Sahih Bukhari dan Muslim) 

Tika seorang gadis itu terpelihara kerna maruah agungnya, terjaga kerna batas katanya dan melitup kerna takutkan Penciptanya. Tika di nun sana, seorang pemuda sedang juga berpuasa memenjara nafsu. Sedang juga membina kestabilan hidup bersama iman dan taqwa. Pada sebuah pendam rasa yang hanya yang halal bernikah, mampu tafsirkan. Dan betapa tabah itu inti segala. Kerna yang bertemu pada nawaitu yang penuh redha. Hanya yang tabah pada dunia yang lara.

"...jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”

(Dr Pahrol Joui)

Terkadang terbuai, biarpun tidak ternoda. Namun syaitan sedikit telah bergembira. Lalu terguris sebuah rasa yang memendam dari jauh. Betapa berita itu harus. Betapa khabar harus menjelma. Pada sebuah hijab-hijab Ilahi. Nampaknya hanya untuk mereka yang dekat pada-Nya. Berteman titis air mata kedamaian. Saat kesepian mulai membuncah, melepaslah segala kehangatan sebuah rasa yang terpendam. Dan Dia melihat dirimu penuh redha.

"...tatkala itu, menangislah kerana tidak mampu menangis kerana bimbang ALLAH SWT sudah 'menutup hatimu' dari merasakan kehangatan cinta, kasih dan rindu kepada-NYA. Menangislah, kerana hakikatnya jiwamu sedang menderita 'sakit'! "

(Noraslina Jusin)
Belajarlah dari tanah. Hujan yang turun diterima sahaja. Tiada ditempias kepada daun-daun di tepinya. Sedang daun terlalu tetap dirinya, hingga selalu lantunkan rintik hujan ke arah berbeza. Menetaplah sebuah rasa. DEMI dan HANYA Allah swt. Lalu derita sakit sebuah rasa, berlalu pergi penuh makna.

Berdoalah suara-suara menjauh. Bertambahlah segala saksi. Bahawa bukan hanya malam yang melihat jiwa. Juga fajar dan setiap detik yang berusaha mengaminkannya. Andai nawaitu itu benar, andai jujurnya mampu mendiam, berdoalah terus berdoa. Dan hakikat jauh sebuah penantian, faktanya adalah 'ia sukar dan perit. Ia gundah bernada sama. Ia cemburu pada bahagia.'


وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

"Dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan KAMI lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya."
( Surah Qaaf ayat 16 )

Mungkin sahaja kesukaran sebelum tiba waktunya, takkan mampu merungkai makna keindahan selepasnya. Betapa kejelasan dan ketetapan sekeping hati, bukan kerna kerap sebuah pertemuan, namun kerna dekat sekeping hati menjauhi zina. Tatkala merindu hanya Tuhan bisa dengarkan. Tatkala mampu berbicara hanya doa mahu ia sampaikan.

Betapa pertemuan dan perpisahan demi cinta dan takutkan Dia di atas sana, akan pasti bertemu kembali. Ia terpelihara sebelumnya. Malahan ia berbuah redha selepasnya. Berdoalah dan berusahalah. Semoga mencintai Tuhan, kan mendekatlah segala rasa suci yang terpelihara. 

Ungkaplah rasa mulia duhai yang terpelihara..
Nescaya, takkan mampu terucap sebelum akadnya..
Hanya, mempersiap jiwa-jiwa..
Berpandukan sunnah dan firman-Nya..
Bersama rezeki dan stabil dirinya..
Moga kan hadir di tengahnya..
Bait-bait doa yang hubungkan dua jiwa..
Terhijabnya mulia..
Kerna takut dan harapnya..
Pada redha Allah Penguasa Cinta..




arthantawi 

Sunday 25 September 2011

Relung Hati 1

Pemuda itu masih berjalan. Terus. Berusaha, berjuang, masih degil. Terlalu yakin pada bisik istikharah di malam hari. Percayalah, bukan hati pemuda itu yang berbisik. Andai yang dipendamnya kerna wanita, bukan DEMI Tuhannya.

Belum tiba waktunya..
Untuk menjemput seorang bidadari..
Tika dunia masih di hati..
Dan akhirat timbul tenggelam dalam sepi..

Belum nampak bayangnya..
Seorang bidadari Islami..
Andai melihat takdir pada pandang manusia kebanyakan..
Bukan mentafsir mengikut Al-Quran dan sunnah..

Mungkin realiti bukan untukku..
Menjemput dan memimpin bidadari..
Selagi waktu dan takdir berjauhan..
Selagi keredhaan Tuhan culas mendamaikan..

Belum waktunya sebuah realiti..
Belum tibanya cinta yang suci..
Masih berbondong jalan-jalan berduri..
Untuk seorang pemuda Thantawi..

Mungkin sahaja bidadari itulah gadis Thantawi..
Wajah tiada terpandang zina..
Mata tiada telampau kata..
Pada watak-watak dunia..
Manusia-manusia kebanyakan..
Memperguna ayat Tuhannya demi cinta..

Sudah lama ku terhenti..
Kerna hasratku menjemput bidadari..
Masih jauh, namun tidak ia sepi..

Dari bisik cintaku yang penuh isi..
Tanpa usahaku dan tawakalku terhenti..
Untuk sebuah impian yang terpasak suci..

Doakan sahaja kita nanti..
Buat dirimu yang kunanti..
Bidadari Ilahi yang bernama gadis Thantawi..

 “Ketahuilah bahwa yang menggerakkan hati menuju Allah ada tiga perkara: CINTA, TAKUT dan HARAPAN. Dan yang paling kuat adalah cinta dan cinta itu sendiri merupakan tujuan kerana akan didapatkan di dunia dan di akhirat.”

Ibn Taimiyyah


arthantawi

Thursday 22 September 2011

Izinkan Aku

Benarkan dirinya. Izinkan dirinya. Bersama kedegilan yang iman dasarkan. Bersama usaha yang Baginda sarankan.
Tuhan kita, menguji bukan setakat jiwa. Tuhan kita, menguji bersama dugaan anggota. Tika rezeki belum menjelma, tangan dan kaki tak harus dibiarkan melara. Ke ruang-ruang sisip hina. Hidup itu berterusan sifatnya, selagi nafas belum terhenti pada waktunya.

Andai masih, berdiri dan setia pada sebuah keyakinan. Tidaklah bermakna setianya juga pada hati yang sama. Anggota dan jiwa itu gabung nyawa yang menyempurnakan seorang hamba. Bergetar dan bergasak pada suara-suara mendatang. Namun jiwa dan anggota masih sama. Berpegang pada doa, yang hamba itu sendiri mahukan. Kesetiaan cinta yang Tuhan bisikkan saat malam.

Tiadalah kenikmatan cinta dan redha Tuhan, andai mahunya hamba pada dasar nafsu dan rupa. Benarkanlah diri bergasak suara, bergelintar bisik doa, bersepah karya luahan rasa. Selagi segalanya rahsia. Selagi segalanya bukan kerna dirinya, benarkanlah hamba meletak sepenuh percayanya kepada Tuhan dirinya.

Meminta kepada Tuhan, kerna tak mampu untuk dekatkan. Kerna segala sebab yang belum selesaikan, sebelum keindahan halal disampaikan. Penuh jelas, penuh sempurna, penuh jiwa membara. Bersama menelusuri rimba dunia, tatkala kiamat semakin tiba. Mungkin cinta terpelihara bisa jadi azimat berbunga, demi redha Tuhan yang Maha Esa.

Benarkanlah dirinya. Izinkanlah hamba Tuhannya. Mengarang karya terpendam dirinya. Usah dikhuatirkan, usah dirisaukan. Kerna bicara itu rahsia. Dan doa sahaja jadikan ianya bersuara. Pada jelmaan ketulusan yang membina, bukan salah sangka yang menebar duka. Selagi Tuhan jadi pengantara, moga bicara rindu terpendam kan tiba. Tepat pada waktunya. Juga bersama semarak iman dan amal.

Kejauhan itu kedekatan terindah. Saat Tuhan berada di tengah. Saat Baginda dirindui gundah. Saat jiwa dan anggota tak pernah lelah. Betapa keizinan itu ibarat permulaan yang terang dan bercahaya. Mengisi jiwa yang merindui bersama Tuhan. Semoga karya ini difahamkan. Oleh jiwa-jiwa pencinta rindu terpendam.

Seandai dirimu belum ada pasangannya, usah sekali merasa risau...

Kerana di sana masih ada ketentuan Allah, Maha Terbaik buatmu...

Terus, sepatutnya dirimu risau andai imanmu berkurang...

Maruahmu dibiarkan dan hatimu kelam tenggelam dalam kemaksiatan...
Bimbangilah akan apa yang sepatutnya dibimbangkan...

Dan lebihkan berfikir apa yang harusnya diutamakan...

(fibyuyu)




arthantawi

Wednesday 7 September 2011

Ketetapan Cinta : Bila Takdirmu Merupakan Pengorbananku

Untuk menjadi seseorang yang tepat, sudah tentu ketetapan hati pada sesuatu pilihan adalah kewajipan.
Walau apapun badai melanda hidupmu, Allah itu faham hatimu. Apa yang dirimu inginkan adalah keredhaan dan kecintaan serta rahmat-Nya kepada seluruh kehidupanmu. Dari kecil kamu bertatih, sehingga akhirnya jasadmu di sana. Beruntunglah mereka yang tetap hatinya. 

Membuat pilihan itu sukar. Dan saat pilihan itu hadir tatkala jiwa dan aqalmu menafikannya, renungilah. Kehidupanmu akan terus berjalan. Tidak salah untuk dirimu mencari lubang-lubang keangkuhan hati dan sifatmu. Andai terkadang kamu cemburu melihat gadis solehah dan cantik itu, berjaya dalam hidupnya, lihatlah lagi. Pada sang suami yang soleh dan tenang wajahnya, dan juga kaya hidupnya bersama anak dan isteri yang turut sepertinya. 

Nikmat-nikmat Allah itu membawa diri, untuk kamu dan aku melihat keindahan yang terpapar pada sebuah kedamaian dan kejayaan. Tidak ramai memuji sang Adam yang sentiasa solat malam tanpa siapapun mengetahui, yang lambat mendapat kerjanya, namun ramai yang memperkatakan mengenai sifatnya dan itulah petanda rezekinya. Seolah-olah nasib hamba Allah itu tidak akan berubah.

Menjadilah seseorang yang terbaik dan tepat. Agar dirimu membawa berjumpa seseorang yang cukup sempurna buatmu. Tidak perlu beribadat seperti Rabiatul Adawiyah, kerna diri umat Muhammad saw mustahil untuk menjadi abid seperti beliau pada dunia kini bercampur baur. Namun cukuplah andai hatimu sentiasa terpelihara, jiwa dan seluruh anggotamu sentiasa berarah kepada redha-Nya.

Aku dan dirimu harus berusaha bersungguh-sungguh. Aku dan dirimu ingin bertemu pada sebuah cinta  yang indah. Selepas akad. Dan sudah tentu aku dan dirimu tak mampu meneka. Siapa dan bagaimana. Berusahalah sepenuh jiwa. Moga harapanku adalah benar-benar kamu. Biarpun sukar, mungkin itulah sebab kita harus jadi seorang yang tepat, terus..berjalan menikmati cinta terpelihara!!
Sudah tentu Allah mahu aku dan kamu berusaha terlebih dahulu, sebelum bertemu menemui cinta yang satu. Dan mungkin inilah jawapan rindu buat dirimu yang penuh rahsia pada sujud malamku.
arthantawi

Friday 26 August 2011

Saat Kesepian Itu Mulai Berdoa..



Rahmatilah sebuah kejauhan..
Dekatilah sebuah kerahmatan..
Kerna di situ Engkau tancapkan keindahan..
Buat mereka yang memohon cinta-Mu..
Menyepi saat menangis..
Senyum saat kegundahan..
Mereka memendam sebuah pengharapan..
Yang mahalnya terukur kerna tanggungjawab..
Dan murahnya terlebur kerna nafsu jahannam..

Tatkala dirimu merasakan kejauhan, hati itu berbicara tanpa nyawa. Gusar. Gundah. Sedangkan sebuah penantian itu harus diredamkan. Pada keyakinan yang tulus. Pada keyakinan kepada Pencipta. Namun hati itu lembut, dan rindukan sebuah kedamaian. Sebuah ketenangan. Dan tika hati itu menjauhi titik sebuah kehampiran, maka merontalah kejauhan yang melampaui batas.

Dirimu berburuk sangka. Dirimu mencari salah jiwa. Dirimu mula menjarakkan sebuah titik mula yang telah tertulis kerna sebuah rasa hormat tentang takdir Tuhanmu yang Maha Agung. Bukankah engkau seindah-indah makhluk? Bukankah engkau semulia-mulia hamba?

Terbawalah hati itu. Mengalir pada terusan-terusan kesedihan. Engkau tidak mampu melihat apa yang terjadi. Pada sebuah jarak. Pada sebuah penantian. Namun di hati kecilmu, impian besar. Impianmu berharap benar. Akan takdir-Nya. Menyebelahi doamu.

Itulah sebuah kesetiaan. Saat dirimu gundah. Segera engkau memeluk kalimah cinta selamanya. Engkau luluhkan pada rasa yang takkan mampu engkau ceritakan pada sesiapa manusia bergelar hamba. Kemudian engkau tenang, dan kemudian rasa itu berulang. Sentiasa. Berputar pada titik roda yang sama. Itu kitaran rasa terpelihara.

Engkau belum cukup bersedia. Engkau belum cukup matangnya. Engkau belum cukup agamanya. Engkau juga belum membuatkan kedua ibu bapamu bahagia dan damai dengan akhlakmu. Sesekali dirimu membantah kecil, mereka terpalit luka besar di dalam jiwa. Sedangkan rasa itu harus membawa kebahagiaan. Dan sungguh, redha kedua ibu bapamu lebih utama.

Dirimu mencari jejaknya. Dirimu berteka gerangannya. Namun hati kecilmu sentiasa berdoa pada ketentuan terbaik Tuhanmu. Tidakkah setiap hamba itu tergugah keyakinan cintanya andai keyakinan kepada Tuhannya memenuhi setiap ruang jiwa? Betapa sunyi rasa itu. Terpendam bertemannya air mata. Kasihanilah jiwa-jiwa yang bersabar dan berkorban ya Allah.

Demi cinta yang rasanya bertasbih suci, tetapkanlah. Dan kurniakanlah kesempurnaan akhlak dan kedudukan jiwa dan anggota. Sebelum dirimu dan aku, bertemu pada jalannya. Berusahalah diri dan anggota, sepenuh hati demi Dia cinta terutama. Amin

Dan orang-orang yang berusaha sungguh-
sungguh (berjihad) DEMI (KEREDHAAN ) KAMI, akan
Kami tunjukan kepada mereka jalan-jalan Kami
(QS 29:69)







arthantawi




Thursday 25 August 2011

Kala Terbit Cintamu : Air Mata Ibarat Cahaya Memekar Bahagia


Dan aku akan selalu jelaskan pada hati, bahawa titisan air mata itu bukanlah penentu bahawa selepasnya dirimu akan terus bangkit tanpa sedikitpun terculas dek dunia. Menangislah duhai jiwa-jiwa yang tersentuh pada kalimah-kalimah menggetarkan. Menangislah sepuas hatimu. Sepi dari hamba-hamba yang lelap terulit. Di sebuah sudut kelam. Hanya Dia temankan dirimu. Bersama bisik semangat dan rindu. Umpama dirimu mampu melihat ke atas sana. Terpandang dipan-dipan, serta kenikmatan yang jauh lebih hebat dari dunia.

"Sekiranya bukan kerana syaitan-syaitan selalu mengitari hati manusia, nescaya manusia akan mampu memandang langit-langit."

(Hadis riwayat Ahmad dari Abu Hurairah ra)

Sorotilah air mata itu. Telah ia membasuh api-api neraka. Telah juga ia meminta ganti hatimu yang baru. Dan kejernihan hati ternyata lebih hebat buat mereka yang senantiasa menanti untuk menikmati nikmat-nikmat sebuah keredhaan terlalu agung. Usah berhenti mencium kebaikan. Usah berhenti mengucup kebajikan. Usah berhenti menyucikan dari penyakit-penyakit hati.

" Dan orang-orang yang beriman dan beramal saleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan."

Al-Ankabut, 7

Benarlah bahawa menangisi itu suatu kenikmatan seorang hamba buat Penciptanya. Dan benarlah juga, bahawa dari titik itu. Telah Dia tingkatkan dirimu ke sebuah tingkatan yang lebih mulia. Dan sudah tentu dirimu memerhatikan bahawa syaitan di sebelahmu juga bertukar upayanya. Berbisik suara indah. Memetik irama gundah. Dan lagha jadi madah yang bisa membawa nanah dan darah. Kelak dirimu di barzakh.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?"
Al-Ankabut, 2
 
Jalan itu gelap, dan dirimu daki landasan yang licin serta curam. Dan bukankah Imam Al-Ghazali telah jelaskan bahawa jumlah dirimu ini. Sedikit dan terpilih. Terpilih untuk melihat dirimu di balik hijab terdahulu. Engkau memilih hijab, yang ternyata bisa dekatkan hatimu. Garis di hadapan taubatmu. Ia sulit untuk diteruskan. Ia sukar untuk digapai. Dan ternyata, ia indah tika berada di sana. Sabda baginda Muhammad saw:

"Ciri seorang yang benar taubatnya, adalah ia menyedari keburukan-keburukan yang ada dalam dirinya."
  
Berganjaklah jiwa yang sentiasa menyedari. Oleh sebuah harapan yang Allah ciptakan. Terbukanya peluang itu,  buat dirimu semua yang bernama hamba. Hanya beza adalah di dalam hati ini. Sama ada engkau, senang sahaja dipalingkan dunia. Mahupun, sebaliknya. Dibentak dan dicerca. 

Sahabat Baginda saw, bila melemah jiwa yang lara. Kan hadir suara-suara kesayuan. Ketenangan dari Al-Quran. Selagi nyawamu bernafas dek badan. Selagi nadimu bergerak seiring usia. Sungguh, seakan kita mustahil mengulangi martabat Al-Fateh.  

Namun, hanya kepercayaan pada Allah, disusuli harapan yang jelas bisa membawa dirimu ke arah nikmat mencintai Tuhan. Demi Ramadhan yang pasti berlalu pergi, hanya taqwa kekal di hati. Membina sinar-sinar kesempurnaan seorang manusia. Bergelar hamba.



arthantawi


Aku bukanlah seorang yang hebat bersama ayat-ayat Al-Quran dan hadis, namun aku sentiasa mengerti bahawa hati ini perlukan dorongan cinta. Untuk menggilap kusam-kusam lara, menghampiri cinta-Nya. Ayuh, saat cintamu bertasbih. Mudahkan ia, jelaskan ia. Moga bertemu Tuhanmu penuh redha.

 


Sunday 21 August 2011

Sebuah Cinta Pada Takdir Malam-Mu


Cinta ini, yang aku pupuk kerna sebuah keredhaan abadi..
Cinta ini, yang aku telah dan akan selalu bersedia hadapi kesakitan dan keperihan..

Cinta ini, yang aku tak mampu khabarkan sejauh mana kenikmatan bila jiwa tak mahu berpisahkan..
Cinta ini, sentiasa tersembunyi dari mata duniawi, sentiasa melekat di hati saban waktu aku menanti..

Cinta ini, yang selalu bisikkan aku berlaku baik lalu mencintai kebajikan pada dunia dan isi..
Cinta ini, yang sentiasa semarakkan aku pada air-air suci yang mengalir di bawahnya syurga yang kunanti..

Berdoa sahaja moga cinta ini..
Akan selalu merindui takdir-Mu..

Kerna tiada yang lebih terindah..
Selain amalanku ditampung pada barakah malam-Mu..
Juga selain rahmatmu sehingga mencium luhur saudara fajarku..


arthantawi


Aku bukanlah seorang yang hebat bersama ayat-ayat Al-Quran dan hadis, namun aku sentiasa mengerti bahawa hati ini perlukan dorongan cinta. Untuk menggilap kusam-kusam lara, menghampiri cinta-Nya. Ayuh, saat cintamu bertasbih. Mudahkan ia, jelaskan ia. Moga bertemu Tuhanmu penuh redha.


Tuesday 16 August 2011

Semarak Cinta Seorang Hamba


Tatkala harapanmun belum kunjung tiba, betapa Tuhanmu menguji dengan sebuah kesabaran terindah. Dan dirimu terus menerus sujud dan berserah pada-Nya. Setiap ungkap katamu, penuh rahsia, penuh jua makna terpelihara. Engkau teruskan bersama doa-doa sayu di sepertiga malam, tika mereka sedang nyenyak diulit keselesaan tilam yang empuk.

Engkau menanti sebuah ketentuan yang terbaik dari Tuhanmu. Dan tiadalah pula engkau melafaz kata curiga, pada setiap dugaan yang tiba. Engkau hanya membenci apa yang lahiriahmu benci, dan sesekali sedarilah, betapa yang baik itu terkadang buruk realitinya, buat dirimu.

"...Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. "

Al-Baqarah, 216

Saat itu, mengalirlah air mata. Malam itu yang sunyi. Detak-detak kerinduanmu kepada kekasih agung-Mu perlahan-lahan menafikan segala kegundahanmu yang mencengkam. Engkau secara hidahayahnya, disapa lembut. 

Pada rindu Baginda saw. Serta rindu pada sahabat-sahabat Baginda. Terasa, seolah-olah terlalu ingin berdampingan bersama mereka. Bisa juga, menemani saat-saat Islam itu  disyiarkan. Disebarkan penuh mulia kepada penganut-penganut Tuhan-Nya, pencari-pencari cinta yang sentiasa jatuh bangun imannya.

Koreksilah hati, koreksilah peribadi. Betapa dirimu menghendaki sesuatu. Sudah tentu Allah itu Maha Teliti pada setiap ketentuan hamba-hamba-Nya yang khauf dan ikhlas cintanya. Dia menyentuh hatimu, mengingatkan dirimu pada Baginda dan sahabat. Dan lantas engkau merintih hamba. Moga dikurnia kematangan jiwa, keindahan akhlak, kekuatan semangat. Segalanya seperti mereka. Sahabat-sahabat suci. Yang tiap saat menjunjung hati bersama Al-Quran yang Bersyafaat.

" Bahawasanya mereka adalah orang yang selalu bersegera dalam mengerjakan perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang yang khusyuk kepada kami."

Al-Anbiyaa', 90

Telah Tuhanmu khabarkan. Tiga usaha yang bisa mungkin mengkabulkan segalanya. Khusyuklah pada doamu. Setialah pada janjimu. Dan teruskanlah hidupmu dengan kebaikan demi kebaikan. Agar cahaya bisa memenuhi jiwamu. Dan jelaslah masa hadapanmu. 


arthantawi


Aku bukanlah seorang yang hebat bersama ayat-ayat Al-Quran dan hadis, namun aku sentiasa mengerti bahawa hati ini perlukan dorongan cinta. Untuk menggilap kusam-kusam lara, menghampiri cinta-Nya. Ayuh, saat cintamu bertasbih. Mudahkan ia, jelaskan ia. Moga bertemu Tuhanmu penuh redha.

Monday 15 August 2011

Mulutnya Tertutup, Jiwanya Bersujud : Dia Menangisi Ramadhan Bakal Pergi


" Tiada seorangpun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka dari berbagai macam kenikmatan yang memuaskan mata, sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan..."

As-Sajadah, 17

Allah menetapkan sesuatu keindahan, khusus buat pencari-pencari dzat-Nya. Di mana, tika pencari-pencari Allah sentiasa bernafas untuk bekerja dan hidup kerana-Nya. Mereka ingin sekali mencium nikmat itu. Nikmat yang sudah tentu, dianugerahkan buat pencari-pencari yang menjaga mata. 

Kini Ramadhan bakal menginjak pergi. Pencari-pencari redha dan kasih-Nya rasai perasaan bercampur. Mereka sedih, mereka sedaya upaya menikmati lebihan hari. Selagi belum takbir raya bergema, pencari-pencari cinta rindukan kenikmatan cinta.
Betapa rahsia ganjaran Ilahi, tambahkan aura-aura berterusan. Setiap detik mereka, ibarat akhlaq para sufi. Demi nawaitu yang sering disucikan, pencari-pencari cinta menanti balasan terindah, sekadar berpadanan atas apa yang mereka kerjakan.

Tiada istilah berhenti menyucikan diri, mencari kesaksian abadi. Mereka manusia biasa pada bulan-bulan terdahulu. Namun mereka merindui Ramadhan ini, bersama sambutan berpuasa pada bulan-bulan sebelum Ramadhan. Lalu koreksi demi koreksi, mencari puasa-puasa yang mungkin bersedia untuk dijiwai. 

Dan tika Ramadhan di pertama hari, mengalirlah air mata. Umpama berpisah dari keluarga tercinta. Hanya azam, hanya iltizam dan tekad. Bisa membawa pencari-pencari cinta, jauh dari martabat hamba-hamba biasa. Semoga bisa lanjutkannya hingga ke terakhir hari.

Mereka diamkan diri. Mereka hilangkan jejak nafsi. Mereka sorokkan bisik harap suci. Hati-hati mereka mudah tersentuh. Pencari-pencari cinta, bisa alirkan air mata bila mereka melihat hanya duri di jalanan. Juga, hanya melihat awan yang benderang. Puncak cinta mereka, hanya kerana Dia.

Berhati-hatilah tika jiwa rasa tersalah sangka. Pencari cinta ibarat mulut yang tiada lidahnya. Berbicara lebihnya hanya pada Tuhannya. Bulan ini, bulan mulia buat mereka. Izinkanlah nikmat Tuhan mereka memenuhi jiwa dan raga. Untuk mereka bawa jauh ke hadapan sana. Maafkanlah segala duka.

Sungguh, perjalanan manusia itu dekat. Mencari sebuah cinta teragung. Mungkin bisa dekatkan jarak-jarak itu. Allah berkata kepada para malaikat,

" Lihatlah, wahai malaikat-Ku, kepada hamba-Ku ia meninggalkan syahwatnya, kesenangannya, makannya dan minumnya semata-mata kerana Aku! "