Pages

Sunday 23 October 2011

Mencintai Tuhan : Lalu Kita Pasti Bertemu

Dan tersulamlah simpulan seorang pemuda dan gadis. Mereka mencintai Tuhan mereka. Mereka tak pernah mahu rasa membuncah sebelum akadnya. Berusahalah. Usah penat dan lelah. Sungguh, pendam mereka pendam teragung.
Berlarilah bersama sebuah harapan. Disulam, bersama benih-benih ingatan. Kadang hati itu rasa mahu untuk mengetahui. Terkadang hati yang sama itulah, ingin benar untuk mengkhabarkan. Kerna lumrah yang berbolak balik. Ke atas dan ke bawah manapun, harapan itu tetap sama. Kerna telah wujud sebuah ingatan. Dan tanpa calar yang dalam, dan  tanpa rentas syariat agamanya, maka sudah tentu hati berbicara pada suatu sudut yang berbeza. Mengorbankan rasa untuk sebuah gelojak serba dan salah.

Memegang erat-erat kalam Tuhan. Di dalamnya terdapat cahaya dan jalan untuk dipegang. Andai terjelepok, koreksilah jiwa. Andai mendekat, teruslah mengucup keredhaan Tuhan. Hanya jiwa-jiwa yang berharap tak pernah luntur, akan sentiasa mengorbankan rasa yang terpendam. Betapa hati itu bertemankan manik-manik tulus. Kerna menjauhi untuk menemui. Dan melalui hari-hari esok, dengan menyibukkan diri dari mengingati.

Doa itu tak pernah memudar. Warkah sepi tak pernah berbicara. Hanya Tuhan yang jadi saksi. Betapa perihnya usaha. Memperbaiki dan memperindah. Maksud sebenar seorang pemuda dan gadis yang bertuhankan Allah swt. Dan menafilah nama-nama yang jujurnya diharapkan. Kerna takut pada zina yang hina. Kerna ingin segalanya berbeza. Suatu hari, bertemu pada jasa-jasa kecil. Yang tidak ternampakkan oleh jiwa punya anggota. Tuhan kan takdirkan yang terindah untuk yang baik. Dan yang terbaik untuk yang meningkat jiwanya.

Harumlah bau-bau syurga, dek meminta ingatan itu menjauh. Sesekali terkenang, segera hati kecil minta didekatkan. Betapa jiwa itu lemah. Lumrah jiwa pemuda dan gadis yang ingin segalanya tanpa syubhah. Saat perasaan itu bertasbih, cinta yang terpelihara kan menghampirkan mereka.
Semoga, itulah lafaz yang ingin benar dilafazkan. Suatu hari, bergeraklah ke arahnya. Betapa cinta selepas akad itu terindah. Namun, sudah tentu doa-doa yang berharapkan kan bertemu. Untuk mereka yang memelihara diri dan nafsu. Berpisah menjauhi zina. Bertemu menyulam cinta terpelihara. Semoga berjaya.
Engkaulah Tuhanku..
Allah Yang Maha Menyentuh Jiwa Yang Mahu Disentuh..
Sekali disentuh oleh-Mu, ku kan jadi buta..
Pada mohon mulia tangan-tangan yang menyapa..
Dan daku bermohon..
Agar hatiku sentiasa tersentuh dek rahmat-Mu..
Untuk aku kekal ke rumah tasikku..
DEMI dan HANYA redha-Mu..
Takkan sesekali jiwaku tergugah!!
 

arthantawi
 

7 comments:

zinnirah_humaira' said...

assalamualaikum, ana mohon share akh.

syukron. =)
teruskan menulis..
moge setiap kalimah yg dicoret dpt meneguhkan hati2 yg mengharapkan pertemuan dlm redha Allah.

Fadhlul Rahman said...

alhamdulillah..trimaksih..silakan..

permata hatiku said...

hidup kita di dunia yang sementara ini perlulah mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T. itu yang pasti..nak copy coretan blh...harap mengizinkan...salam

Erma Nazillah said...

sy baru je follow sini..terima kasih..perkongsian yg bermakna sgt2

Fadhlul Rahman said...

Alhamdulillah kalian. Semoga diberi kekuatan untuk bercinta atas syarak dan metod Islami. Amin..

honey_raisin said...

perkongsian yang bermakna...terima kasih...

Fadhlul Rahman said...

Syukran. Moga mampu menyentuh hati-hati untuk tunduk dan cinta Allah..amin

Post a Comment