Hidup manusia itu untuk jadi seorang hamba. Merindui Tuhannya. Setiap detik sentiasa sahaja begitu. Itu manusia dambaan, apatah lagi wajah ditambah tenangkan. Bersama cahaya dari solat malamnya. Biarpun tidak berturut-turut, itu hamba terbaik buat tuannya, bernama Allah.
Kala cinta itu memekar saat malam yang sepi, akan wujud ingatan-ingatan yang tidak mampu tersisih dari minda. Terisish dari sebuah janji. Tersisih dari sebuah penantian. Allah tetapkan yang terbaik buat hambanya. Lalu menangislah merindukan rahmat Allah. Menyapa lembut. Menyentuh hati-hati yang menyerahkan cinta.
Zaman ini, mata dan anggota kan mudah terdedah bahaya. Zinanya tiada nampak secara jelas. Zinanya lebih menyentuh hati dan jiwa. Baginda saw bersabda:
" Wahai sekalian orang-orang Muslim, jauhilah zina, kerna di dalamnya terdapat enam perkara, TIGA di dunia dan TIGA di akhirat. Di dunia itu, hilangnya keelokan, kemiskinan yang terus menerus, dan umur yang pendek. Sedangkan yang di akhirat itu adalah kemurkaan Allah, hisab yang buruk dan masuk neraka. "
Usah dihampiri zina hati. Penuhi sahaja jiwamu pada solat-solat malam yang bercahaya. Cinta itu memekar pada lembut dan tetapnya Luh Mahfudz. Andai kebencian melata, takkan pernah mampu melawan dan menepis takdir sebuah cinta.
Sucinya cinta hamba itu saat dirinya mabuk bersanding bersama Pencipta. Saat jiwa dan raga teguh pegangnya pada Mukminun satu hingga tujuh. Saat itulah malam kan mengganti rasa pendam jiwamu jadi sebuah nyala ikhlas. Jadi sebuah doa yang menuju sebuah kenyataan.
"... barangsiapa yang mencari di balik itu, maka itulah orang-orang yang melampaui batas. "
(Mukminun, 7)
Lalu berperanglah nafsu. Penjarakanlah nafsu. Ikatilah nafsu. Tundukilah nafsu. Hanya nafsu-nafsu hina. Kan mampu dipandu jadi sebuah jihad terutama. Dan Tuhanmu bernama Allah swt kan hadirkan jawapan. Hanya saat nafsumu menggeletar pada sebuah cinta agung. Memilih antara sebuah cinta, datangnya adakah ikhlas, mahupun berakar sekular.
Allah kan menjawab soalanmu. Allah kan melakar intuisi buat dirimu. Tatkala ingatanmu masih di situ. Serba salahmu bangkitkan semangat yang tidak bernafsu. Hanya jihad setiap waktu. Hanya sabar dan mahu jadi terbaik, setiap detikmu. Dan apakah dirimu mampu merungkaikan?
Penyair masyur pernah berseloka,
" Jika malam-malam aku mengunjunginya, kulihat jalan yang jauh seakan dekat di mata. "
Semoga sahaja kita mencintai Allah untuk selamanya. Dan mencintai seseorang yang engkau namakan 'dia' atau 'dirinya', harus sentiasa dipagari jauh, dari zina hati. Rahmatilah diriku. Perkenanlah.
arthantawi
5 comments:
Allahu Akbar , bait kata yg sgt mantap .
Moga terus diberi ilham & rahmat dari Allah utk terus thabat di medan penulisan insyaAllah
Syukran..
Takkan berupaya tanpa cinta-NYA..
Insya-Allah..
subhanallah, tersentuh ana dgn setiap bait kata, teruskn menulis, moge berjaye menembusi hati2 hamba yg dahagakan cinta Tuhannya. insya Allah. :)
"Semoga sahaja kita mencintai Allah untuk selamanya. Dan mencintai seseorang yang engkau namakan 'dia' atau 'dirinya', harus sentiasa dipagari jauh, dari zina hati. Rahmatilah diriku. Perkenanlah."
InsyaAllah..ameen..semoga DIA terus memberi kita kekuatan.
Benar, semogga terus dikurniai kekuatan..
Post a Comment