Pages

Wednesday 7 September 2011

Ketetapan Cinta : Bila Takdirmu Merupakan Pengorbananku

Untuk menjadi seseorang yang tepat, sudah tentu ketetapan hati pada sesuatu pilihan adalah kewajipan.
Walau apapun badai melanda hidupmu, Allah itu faham hatimu. Apa yang dirimu inginkan adalah keredhaan dan kecintaan serta rahmat-Nya kepada seluruh kehidupanmu. Dari kecil kamu bertatih, sehingga akhirnya jasadmu di sana. Beruntunglah mereka yang tetap hatinya. 

Membuat pilihan itu sukar. Dan saat pilihan itu hadir tatkala jiwa dan aqalmu menafikannya, renungilah. Kehidupanmu akan terus berjalan. Tidak salah untuk dirimu mencari lubang-lubang keangkuhan hati dan sifatmu. Andai terkadang kamu cemburu melihat gadis solehah dan cantik itu, berjaya dalam hidupnya, lihatlah lagi. Pada sang suami yang soleh dan tenang wajahnya, dan juga kaya hidupnya bersama anak dan isteri yang turut sepertinya. 

Nikmat-nikmat Allah itu membawa diri, untuk kamu dan aku melihat keindahan yang terpapar pada sebuah kedamaian dan kejayaan. Tidak ramai memuji sang Adam yang sentiasa solat malam tanpa siapapun mengetahui, yang lambat mendapat kerjanya, namun ramai yang memperkatakan mengenai sifatnya dan itulah petanda rezekinya. Seolah-olah nasib hamba Allah itu tidak akan berubah.

Menjadilah seseorang yang terbaik dan tepat. Agar dirimu membawa berjumpa seseorang yang cukup sempurna buatmu. Tidak perlu beribadat seperti Rabiatul Adawiyah, kerna diri umat Muhammad saw mustahil untuk menjadi abid seperti beliau pada dunia kini bercampur baur. Namun cukuplah andai hatimu sentiasa terpelihara, jiwa dan seluruh anggotamu sentiasa berarah kepada redha-Nya.

Aku dan dirimu harus berusaha bersungguh-sungguh. Aku dan dirimu ingin bertemu pada sebuah cinta  yang indah. Selepas akad. Dan sudah tentu aku dan dirimu tak mampu meneka. Siapa dan bagaimana. Berusahalah sepenuh jiwa. Moga harapanku adalah benar-benar kamu. Biarpun sukar, mungkin itulah sebab kita harus jadi seorang yang tepat, terus..berjalan menikmati cinta terpelihara!!
Sudah tentu Allah mahu aku dan kamu berusaha terlebih dahulu, sebelum bertemu menemui cinta yang satu. Dan mungkin inilah jawapan rindu buat dirimu yang penuh rahsia pada sujud malamku.
arthantawi

No comments:

Post a Comment