Pages

Saturday 26 November 2011

Relung Hati 2

Kerusi itu kosong. Belum punya manusia untuk diduduki. Lalang-lalang keliling memanjatnya. Kerusi itu warnanya putih. Takkan mungkin menjadi merah. Tetap dalam segala cerita. Moga Tuhan turunkan hujan. Lalu manusia takkan berhak duduk. Kerna basahnya. Renyailah bersama cinta agung dari Tuhannya.

Malam ini sepi, tergugah saat sendiri..
Masih, di hujung penjuru tingkap..
Selaknya hanya sedikit..
Biar purnama sampaikan terangnya..

Ada persis tiada, menghilang..
Keberadaan sudut dalam simpang..
Sulit berteman doa, sayu tak terhurai..
Hanya jurai manik-manik halus..
Janji malunya terpateri..
DEMI dan HANYA kerna Dia..
Bukankah?

Bait ini terpendam dalam..
Berdiri tegak, di segenap wajah..
Memeluklah ayat kalami..
Menitislah, penuh erti..
Separuh jiwa teresak pergi..
Terpejam mahu, bernafas lega..
Hijrah ini, pengorbanan ini..

Takkan sesekali berani..
Menyanjung lafaz, akadnya kelam..
Usah sesekali..
Terhibur dan leka..
Bahawa jauh jarak..
Sedekat kirim doa yang telus..

Terindah pada dirimu..
Ada pada jiwaku..
Bersatu pada sanad dan firman..
Bergetar saat kita beribadah..
Menjunjung cerita dari sebuah harap..
Hujannya rindu, wajahnya rahsia..

Puncak malu seorang hamba..
Biar keliru dari bercumbu..
Biar berhasrat tapi menyekat..
Batas dan gaulnya..

Renangilah desir doamu..
Pada tahajjud keberadaan hatiku..
Rahsia, yang ronanya kelabu..
Menjamu dalam iman di qalbu..
Bertasbih dalam pasaknya cara..

Aku menyanjung cinta..
Bukan jelmaan manusia suci..
Yang di mataku berlembut jiwa..

Aku menyanjung cinta..
Bertatihnya pengorbanan dan hijrah..
Yang di mata kita..
Berlandas quran dan sabda..

Kerusi yang basah, dan hamba berdoa di tengah terik cahaya. Keringlah tika berduanya bersatu. Ia rungkai sebuah persamaan. Ia rungkai sebuah taqdir. Bukan dongeng. Moga ia juga, bukan harap dan doa kosong. Bererti, indahnya sangat suci!



arthantawi 

4 comments:

Mastura Asri said...

Asslamualaikum..
sy terpegun membaca bait2 indah yg terlakar di sini.. :)

Fadhlul Rahman said...

wassalamualaikum..
syukran. semoga terbawa menuju Allah..

Khadijah A.L said...

saat aku membaca bait-bait tulisanmu, sepertinya.. aku membaca kisahku sendiri suatu waktu dahulu, bertuah gadis thantawi itu,kerana dicintai oleh laki-laki sepertimu.sepertinya kamu bukan dari jurusan senibina, tapi jurusan sastera..kerna itu lebih pantas buatmu

Fadhlul Rahman said...

Tiadalah selayaknya aku untuk menerima pujian sebegitu. Dan tidak pantas juga menulis itu dibezakan oleh bidangnya. Semoga iman dan keindahan cinta meliputi segala insan yang terlibat dalam semua bidang. Amin...

Post a Comment