Pages

Monday, 30 January 2012

Relung Hati 4

Berpisahlah kerna Tuhanmu, kerna Dia akan temukan kamu berdua dalam ruang waktu yang lebih rahmah dan TEPAT.

" Aku sentiasa berdoa agar hatimu dekat pada Tuhanmu, kerana dari situlah dirimu takkan sedikitpun membenci diriku kerna sesuatu yang tidak seharusnya. Tentang sebuah penjelasan yang takkan mampu huraikan segalanya. Bila kita terhubung pada suatu garis yang tersirat.

Aku juga sering berdoa agar kita sering memaafkan. Kerna sebarang tafsiran kita adalah sesuatu yang tidak jelas. Dan aku tak mampu berhenti berdoa pada Tuhanku bahawa harus aku dibawa jauh darimu andai aku merosakkan hatimu terhadap Tuhanmu. Ungkapan ini tentang perasaanku terhadapmu. Aku bukanlah seorang penulis lagu cinta yang hanyut kerna perasaannya, namun aku hanyalah seorang pelukis cinta yang setia kerna Tuhannya. 

Harus engkau percaya, bahawa dirimu tak mampu mengerti dan sering akan mentafsirkan mengikut akal dan keadaan sekelilingmu. Tentang bagaimana aku menantimu DEMI dan HANYA Tuhanku. Harus juga dirimu akui, bahawa pemuda itu terkenal kerana kesabarannya. Dan seorang gadis itu terkenal kerana kelembutannya. Andai hilanglah antara keduanya, sungguh gembiralah iblis yang keji.

Begitu jugalah diriku. Demi rasa terpendam yang terpelihara, semoga aku dan dirimu kan mentafsirkan Quran yang mulia demi tafsiran akhir takdir perasaan kita. Aku berdoa agar dirimu mengerti, bahawa aku bukan sedang memarahimu dan menegurmu, malah aku menasihati diriku untuk sebarang kataku tidak merosakkan hatimu. Aku berdoa akan kamu. Aku berdoa hubung kitakan terhenti. 

Kerna aku telah menduga. Bahawa unblocked dan publicized adalah tentang TANGGUNGJAWAB untuk tidak berhubung dan REALITI untuk terus menjaga hati. Dan segalanya kini terlambat buat diriku. 

Moga segala yang dirimu rasakan akan dijernihkan oleh Tuhan kita berdua. Sungguh, Bermula dari tarikh ini. Cukuplah andai ini dugaan jiwaku yang paling sukar. Bersama resah air mata yang tidak berkesudahan. Berpisahku kerna Allah..."



arthantawi

No comments:

Post a Comment