Aku mencari..
Sayup suara dan doa..
Pada hawa malam yang sunyi..
Masih meminta untuk sebuah harap..
Tak tahu, andai ia bercahaya..
Juga tak tahu, andai ia hadirkan gelita duka..
Aku meminta..
Pertemuan hadir pada tepat hati dan amal yang suci..
Pada siap siaga dua keping berbicara..
Waham bagaimana..
Memenjara dunia untuk ke sana..
Aku menanti..
Aqal dan gerakku bertasbih..
Menjejak jalan-jalan sunnah dan kalam Sang Pengasih..
Andai terjatuh, bangkitku kembali..
Andai berbahagia, imanku menyala..
Andai berduka, putus asaku bersuara hamba..
Aku menanti..
Pada sebuah ketentuan oleh-Mu..
Jauhlah segala fitnah ciptaan-Mu..
Kerna tak mampu lagi bersuara..
Pada yang tidak mahu mengerti..
Benarkanlah rahsia itu jadi indah..
Aku tak mampu menduga..
Aku tak mungkin mampu memutuskan..
Berjalan tanpa henti..
Selagi nyawa masih meyakini..
Bahawa bukan manusia yang bawaku ke sana..
Tapi cinta-Mu yang Maha Utama..
Mengalir sepi dalam diriku..
Tak usah ternampak oleh siapapun..
Sungguh aku mahu jadi lindungan ketujuh-Mu..
Sungguh aku mampu jadi lindungan ketujuh-Mu..
“Sesungguhnya dengan ikhlas aku hadapkan wajahku kepada yang menjadikan langit dan bumi, dan bukanlah aku daripada golongan musyrik (orang yang mempersekutukan Allah).”
(al-An'aam, 79)
- doasepi -
- doasepi -
No comments:
Post a Comment