Pages

Friday 14 October 2011

Menanti Cintamu : Ayuh Semarakkan Pengorbanan Jiwa

 
Belajarlah untuk berkorban. Belajarlah bahawa berkorban itu menghampirkan apa yang diinginkan. Dan mensia-siakan angan-angan umpama menghampirkan neraka jahanam. Dan meleburlah redha dan nikmat cinta, walau sejauh manapun terpelihara ia.
“Di antara kesempurnaan Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna.
  
(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Saat waktu itu berdetak tanpa hentinya, maka berkorbanlah untuk sebuah harapan. Memendam dalam-dalam. Pada puncak sifat malumu tertinggi. Bergasak sudah pasti, pada rencah dunia yang mengemis harap dari hatimu. Dan dirimu beristighfar, memenuhi tiap jasad anggota dan jiwa hamba. DEMI dan HANYA Tuhanmu bersuara, berbicara, menyentuh mulia. Tunduklah demi penyucian jiwa yang menjauhi fana dunia. Bersabarlah duhai jiwa yang lara. Menetaplah doa-doa pada harap yang saban hari ikhlasnya sama.

" Dan ketika Yusuf sampai keperingkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. "
Yusuf, 22

Harus sentiasa berbisik dan bercinta dengan sebuah kehidupan hamba. Harus memperbaiki dan meningkatkan jiwa yang terleka. Tatkala hikmah zikrullah itu bukanlah semata kerna disempitkan oleh ucap lisan berbentuk puji dan takut pada Tuhan. Sedang Ibn Kathir bilangkan, ia ibarat pemandangan luas, untuk dipelajari. Untuk dihadapi. Bukan dijauhi. Kerna wujudnya soal matang sesebuah pengharapan adalah mencari jalan yang penuh rahmat pada sebuah pemandangan berduri.

Termasuklah ia. Jelasnya, kerna terlalu memendam rasa yang malu dan terpelihara. Sedang harus hamba itu, mengikat diri dan seluruh nawaitu. Demi kejar dan peluk redha Tuhannya. Terkadang gerimis itu menggamit, namun biarkanlah ia berlalu. Mohon damai untuk bertemu pada waktu penuhnya restu ayah dan ibu. Bukankah yang sentiasa menjadi baik, kan mendekat pada hati yang sentiasa sama berbuat baik?

" Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada ketika-ketika yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah- perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. "
    
Hud, 114


Dan menghapuslah ruang-ruang hitam di dalam hati. Dan mengalirlah kejujuran sebuah pengharapan dan doa. Ia bersifat istiqamah. Ia tak pernah jemu penatnya. Ia disulam dengan cahaya kebaikan dan baik sangka. Ia sentiasa bernada hamba. Bila saat hatimu bergundah gulana. Dan tika jiwamu berbolak balik. Lalu Dia damaikan dengan sebuah keyakinan haqiqi buat hamba-Nya. Yang hanya bertemankan tafsir kalam suci dan sunnah selamanya.


Tiadalah sebuah pengorbanan itu berlagu indah. Tanpa khabar yang hijabnya sedikit hanya terdedah. Kerna jiwa harus sentiasa bermadah. Bahawa seorang hamba akan mampu berubah. Pada detik waktu yang akal tak mampu menggugah. Hanyut dan hiba. Lesu dan berdosa. 


Bersabarlah pada sebuah kejauhan. Mohon sahaja dihadirkan cahaya pertengahan. Mungkin sahaja kan wujud seorang hamba bernama pengantara. Ia tersampai tanpa terluka. Ia mengkhabarkan tanpa marosak jiwa. Demi sebuah janji yang bersalut doa. Semogakan mengalir doa-doa terpelihara.

"...pemuda dan gadis masa kini hanya memikirkan mahu berkahwin, namun malangnya tidak pernah memikirkan bagaimana selepas berkahwin..."

(petikan program bual bicara Assalamualaikum, TV Al-Hijrah)

Bahawa sungguh, hakikat sebuah pertemuan hati yang terpelihara. Umpama kapal yang bersedia. Selepas akad terlafaz. Bersabarlah. Dan belajarlah. Bahawa melupakan sesuatu yang belum waktunya ibarat menghampirkan akhirat dan dunia buat dirinya. Melihat akhirat itu, biarlah di hadapan matamu. Dan letakkanlah dunia itu, di bawah dagumu. Semoga redha Allah kan terus bersama.






arthantawi
3125

2 comments:

zinnirah_humaira' said...

assalamualaikum, ana mohon copy paste beberapa rangkap di blog ana ye, syukron.

http://zinnirahhumaira.blogspot.com/

Fadhlul Rahman said...

silakan..alhamdulillah, penulisan zinnirah juga tak kurang hebatnya.teruskan menulis..

Post a Comment