Pages

Friday 25 November 2011

Hijrah Cintaku : Pertemuan Yang Sentiasa Butuh Pengorbanan

"Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan
perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa
pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu bahan olok-olokan. Mereka itu akan
memperoleh adzab yang menghinakan." 

Luqman, 6

Malam itu lunak. Tanpa dikaburkan bait irama yang disangka nan indah. Diserakkan bersama rasa malu. Puncak akhlak itu kian tertinggi, antara dua keping jiwa. Berkorban rasa pinta direnyaikan. Bilakan saat terindah itukan terjaga. Teruskan terpelihara, lamanya hingga usai siap siagalah mereka. Dalam hati sang pendoa, sentiasa rasa terhibur. Pada resah yang bersinggah. Pada kelu sendu, direlungi titisan air matanya.

Tahajjud malam hari kan mendekatkan yang jauh. Yakin dan tulus. Semakin tunduk dan mendekatlah sayup doa yang sama. Meminta untuk dijauhi. Memohon agar hati tidak sesekali dicemari.
Mempercayai bisik harap. Sentiasa ia bersuara. Kerap dan sentiasa pinta dijauhkan. Sebelum waktunya. Sungguh, jiwa-jiwa yang mencintai keredhaan Tuhannya. Tidak sesekali inginkan kalimat indah. Terpacul penuh mudah. Tertulis penuh bait. Ia mahu untuk disimpan. Iakan mahu untuk dihijab. Iakan sentiasa gamang. Pada gerun takut pada zina. Bukankah terindahnya kerna menjauhi kotor dan keji? Dan sering hati dan segala anggota meneguk terus, ungkap-ungkap suci dan telus dari Tuhannya.

“Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” 

Yusuf, 24

Seribu musim pun akan terus berlalu. Saat fikir tiada lagi akan sebuah penantian. Jauh dari dasar hati, mahu iakan muncul di akhirnya. Sungguh, tetapnya hati itu. Kerna tetapnya istikharah yang berdesir. Pada wajah yang tak pernah nampak, pada suara yang tak pernah tersurat.

Menjauhi corong emosi. Bergetar pada sebelahnya nafsu yang maha keji. Menyiratkan malu yang bertemu. Sujud terindah dan tertulislah kedekatan sebuah taqdir. Akan sebuah rindu terindah. Tersiksa kerna berusahanya dari sisi halal. Terperit kerana doanya tak pernah menipis. Tersedu sedan kerna memilih simpang yang sulit namun penuh tulis dan bait keimanan haqiqi.

Berusaha sentiasa perlu bermuhasabah. Usah sampai segalanya nampak putih dan gebu. Sedang syariat bersuara serak menafi rindu di qalbu. Memilih untuk mencintai. Umpama berkorban tanpa henti. Umpama menanti suatu yang pasti. Bukankah?
Malam akan sentiasa mendatang. Bingit menyiksa hingga kapan pun hilang bicara. Menulis rangkap bisa buat hati yang menanti. Bernafasnya DEMI dan HANYA Ilahi. Simpang kanannya bercahaya. Sulit. Pandanglah ke hadapan.

Kesulitan takkan pernah berubah pada namanya. Ia kan sentiasa bersifat sukar. Ianya berduri. Ianya perlu iman tebal di hati. Ianya perlu redha ayah dan ibu yang dicintai. Ia juga, sentiasa melukis pada sebuah kanvas hijrah. Kepada kebaikan. Kepada kesempurnaan.


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang AKU, Maka (jawablah), bahwasanya AKU adalah dekat. AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."

Baqarah, 186 



arthantawi

3 comments:

alFarafisyah said...

Subhanallah...bait kata yg sungguh indah. Semoga Allah terus memberikan kekuatan kpd kita semua, dlm menjaga rapi sebuah fitrah sebelum tiba masanya, insyaAllah. Banyakkan berdoa kpd-Nya supaya terus istiqamah krn hanya DIA YANG MAHA SEMPURNA...

alFarafisyah said...

Subhanallah, bait kata yg sungguh indah. Semoga Allah terus memberikan kekuatan utk istiqamah.

Fadhlul Rahman said...

InsyaAllah. Semoga kesibukan dalam dunia seni bina tdk begitu rakus merampas kenikmatan bercinta dan memendam rindu kerana Allah..

Post a Comment