Tafsir sering berbicara. Merungkai makna penuh cerita. Bahwa di dunia itu palsu semata. Bahwa di dunia itu segalanya sementara. Maka apakah makna cinta terpelihara. Apatah cinta yang dasarnya memendam dengan penuh usaha. Berserah itu pasti, dan bukanklah bertawakal itu bertatih tanpa iman tegar di hati.
Sering sahaja bicara cinta berlagu atas nama setia. Sering juga sahaja. Bicara rindu berbicara atas selepas akadnya. Waima bercintalah dengan Tuhan yang Esa dan Dia kan hadirkan si dia.
Benarkanlah andai mahu menanti yang Dia tuliskan. Bukankah fitrah seorang hamba. Bahwa cinta dan rasa bergetar tetapnya tika bisik istikharahnya sama? Bukankah nyala usaha yang mahu berjalan dengan iman itu tetapkan hati yang meronta hiba?
Jika engkau bukan seorang pencinta, maka jangan pandang hidupmu adalah
hidup.
Sebab tanpa Cinta, segala perbuatan tidak akan dihitung pada Hari
Perhitungan nanti.
Setiap waktu yang berlalu tanpa Cinta, akan menjelma
menjadi wajah yang memalukan dihadapanNya.
Jalaluddin Rumi
Tak pernah salah hati yang merasa. Hanya terpulang pada aqal untuk merainya. Makan tuliskanlah rasa rindu. Luahkanlah bicara sendu. Bahwa engkau menanti 'dia'. Bukan kerna merasa 'dia' adalah terbaik buat akhir hidup seorang hamba. Bahkan kerna Dia tetapkan yang terbaik buat hamba-Nya.Benar, rasa sering meminta. Mencapah sedaya upaya. Dasarnya rasa tidak mengapa. Lalu akhirnya menjengah bait zina. Bersabar dan terus berpuasa. Berjuang dan terus memperindah jiwa. Bukan kerana si 'dia'. Apatah lagi mahukan 'dia' kerna Dia.
Selagi jiwa itu masih bernafas. Selagi mata itu berasa tenang dan damai. Melihat pegang tangan selepas nikahnya. Melihat romantika lamanya selepas nikahnya. Lafazkanlah pada Tuhan-Mu. Huraikanlah pada Pencipta Agung-Mu.
Dia tak pernah lelah untuk mendengar setiap bisik harapmu,
Dia gundahkan jiwa agar imanmu tak jatuh kerna fitnah dunia,
Dia damaikan istikharahmu saat usaha dan juang mu ingin benar meraih redha Tuhanmu,
Hanya Dia fahami dirimu,
Hanya Dia tetapkan Luh Mahfudzmu,
Berusalah untuk setia,
Bukan pada janji di sebuah baris kata,
Malah buahnya terasa tika akad selepasnya,
Usah buktikan pada dunia,
Usah khabarkan pada yang tiada layaknya,
Indah peribadimu,
Santun kesabaranmu,
Tegar jual mahalmu,
Sematkan di iman yang berteman kalam rahsia Tuhanmu,
Semoga ketemu,
Cinta Agung yang dipenuhi mulus rindu,
Takkan terungkap oleh sajak rindu.
Bukanlah memendam rasa itu istilah kemalaikatan yang sama. Pada bicara sesetengah manusia, bahkan memendam itu fitrahnya menjaga. Bahkan memendam rasa itu bisa lemahkan zina. Bahkan memendam rasa itu meningkat iman puasanya. Kerna hanya diri kita mengenal di mana Dia di hati kita.
Sejauh mana Dia kita mahukan. Seikhlas manakah impian kita mahu menggapa redha-Nya. Terpulanglah untuk hati kita berbicara. Atas nama sebuah cinta, tulus dan jaganya hanya kita yang biasa.
Cinta yang dibangkitkan
oleh khayalan yang salah
dan tidak pada tempatnya
bisa saja menghantarkannya
pada keadaan ekstasi.
oleh khayalan yang salah
dan tidak pada tempatnya
bisa saja menghantarkannya
pada keadaan ekstasi.
-doasepi-
Taman Pemuda
1 Ramadhan
4 comments:
Telah tercatat seungkap nama buat kita di luh mahfuz...
cuma peribadinya di tentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadi kita...
jika kita tetap di atas jalan ALLAH, insyaALLAH "si dia yang tercatat buat kita" tetap di jalan yang sama...Yakin, ALLAH MAHA ADIL..=) ~sekadar perkongsian..~
Syukran. Benarlah kata-kata itu. Sekadar cetusan perkongsian kerna tidak semua mengerti 'menanti di luh mahfudz' itu besar skopnya. Agak terkilan kerna sesetengah blogger mentafsirkannya dalam skop dakwah yang mengikut arus kelompok mereka tersendiri.
InsyaAllah.Insya-Allah. Terima kasih atas cetusan pendapat..
Alhamdulillah..Perkongsian akhi bagus skali..teruskan usaha murni menulis..jgn terkilan ad yg mentafsir lain dari kita..sbb pemahaman manusia masing2 berbeza..xmampu kta memaksa org lain memahami kita sepenuhnya...masing2 ada fatwa hati masing2.kan? jgnlah kita putus asa...mntalah fatwa dari hatimu, jika di rasakan semua ini adalah kebaikan, maka teruskan usaha murni ini..Jika pada kata2 ini ada sedikit kebaikan, moga kebaikan itu akan menjadi sunnah hasanah (jln yg terbaik untuk di ikuti)insyaALLAH...smga ALLAH beri kekuatan & kemudahan untuk akhi terus menulis...amin
Syukran atas sokongan. Hanya Allah yg berhak memberikan intuisi untuk masing-masing memahami sunnah hasanah. Semoga nawaitu yang kuat akan menyentuh hati-hati yang mencari keredhaan sebenar..amin.
InsyaAllah.
Post a Comment