Kulit wahyu itu, diusap penuh bahagia. Biarpun kelat sentiasa merantai keping jiwa. Lalu dibuka pada akhir ia penah berhenti. Nafas yang dihela kini terhembus lega. Akhirnya memilih untuk mengiyakan pada puncak segala cerita. Pada penentu segala yang pernah bermula. Dibelek pada wajah yang bercahaya. Melirikkan hati yang kontang. Kering kerna terlalu menyibukkan jiwa dan anggota. Pada usaha yang bernama ibadah. Mulanya berjalan sama. Akhir malam itu berlalu, penat dan melayu.
Kita tak mampu menjangka sebuah kenyataan. Pahitnya, manisnya telah siaga ditentukan Allah. Hanya pada kadar yang ingin sehabis mungkin, kita mampu untuk bertemu jua. |
Bukankah hati pernah berbicara. Bahawa berjanjilah menjaga hati dan cinta. Bahawa yang terpendam, biar sahaja ia tenggelam. Hanyut di bawah dasar. Dibawa jauh dari relung hati. Fitrahnya, tidak pernah mahu ia menghilang. Mahunya, biar sebentar cuma. Hadirlah di suatu hari yang indah. Tika segalanya benar-benar berbeza. Tika itu, yang terpendam halal untuk diluahkan. Saat itu juga, luka menghilang deras disembuhkan.
Hanya Tuhan Maha Mengerti. Bahawa jemari ini senantiasa dipeluk desir waktu. Juga seia mahu dibelai bayu malam. Yang singgah saban hari. Melihatnya bukan sekadar jemari. Bahkan minda dan jasadnya. Berusaha menyibukkan diri. Memerah segala keringat. Allah Tuhan Segala Alam. Allah Tuhan Segala Jiwa dan Jasad. Allah Pemilik Hati yang Bergelora.
Menitislah renjis-renjis bait ketaqwaan.
Yang faham benar. Bahawa mencintai tidak seharusnya memiliki. Kerna memilih
sekeping hati antara jutaan hati, ibarat meniti di tali yang menipis. Sukarnya
kerna pengakhirannya. Sebuah syurga itu bukankah yang dinamakan untuk sebuah
pengorbanan jiwa dan anggota. Untuk ke sana, cinta harus bersedia kecewa. Untuk
ke sana, cinta juga harus berwaspada pada sebarang bahagia.
Terimbasnya, pada sebuah setia janji. Yang bersedia terima segala. Yang tak pernah hanyut melayan zina. Kerna jiwa yang pelupa, sering sibuk mendekati-Nya.
|
Bercinta pada sebuah gerak cerita. Yang dilalui penuh
sukar. Dek kerna sebuah kesibukan mulia. Yang memenjara rasa sebelum waktunya.
Sungguh beruntung insan yang bulat tekadnya. Kerna dia tahu bahawa hidupnya tak
pernah merugi. Kerna yang dikejar adalah cinta dan redha Tuhan-Nya. Memeluk
segala ruang dan waktu. Dan hadirnya seorang zaujah, bisa tambah kemanisan
untuk berjalan ke sana.
"
Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada
ALLAH. Sungguh, ALLAH mencintai orang yang bertawakal.”
(3:159)
doasepi
-bersembunyi di balik tabir doa, sambil luka terpalit di keting setia, menuju ke rumah tasik lukisnya-
No comments:
Post a Comment