Pages

Tuesday 16 August 2011

Semarak Cinta Seorang Hamba


Tatkala harapanmun belum kunjung tiba, betapa Tuhanmu menguji dengan sebuah kesabaran terindah. Dan dirimu terus menerus sujud dan berserah pada-Nya. Setiap ungkap katamu, penuh rahsia, penuh jua makna terpelihara. Engkau teruskan bersama doa-doa sayu di sepertiga malam, tika mereka sedang nyenyak diulit keselesaan tilam yang empuk.

Engkau menanti sebuah ketentuan yang terbaik dari Tuhanmu. Dan tiadalah pula engkau melafaz kata curiga, pada setiap dugaan yang tiba. Engkau hanya membenci apa yang lahiriahmu benci, dan sesekali sedarilah, betapa yang baik itu terkadang buruk realitinya, buat dirimu.

"...Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. "

Al-Baqarah, 216

Saat itu, mengalirlah air mata. Malam itu yang sunyi. Detak-detak kerinduanmu kepada kekasih agung-Mu perlahan-lahan menafikan segala kegundahanmu yang mencengkam. Engkau secara hidahayahnya, disapa lembut. 

Pada rindu Baginda saw. Serta rindu pada sahabat-sahabat Baginda. Terasa, seolah-olah terlalu ingin berdampingan bersama mereka. Bisa juga, menemani saat-saat Islam itu  disyiarkan. Disebarkan penuh mulia kepada penganut-penganut Tuhan-Nya, pencari-pencari cinta yang sentiasa jatuh bangun imannya.

Koreksilah hati, koreksilah peribadi. Betapa dirimu menghendaki sesuatu. Sudah tentu Allah itu Maha Teliti pada setiap ketentuan hamba-hamba-Nya yang khauf dan ikhlas cintanya. Dia menyentuh hatimu, mengingatkan dirimu pada Baginda dan sahabat. Dan lantas engkau merintih hamba. Moga dikurnia kematangan jiwa, keindahan akhlak, kekuatan semangat. Segalanya seperti mereka. Sahabat-sahabat suci. Yang tiap saat menjunjung hati bersama Al-Quran yang Bersyafaat.

" Bahawasanya mereka adalah orang yang selalu bersegera dalam mengerjakan perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang yang khusyuk kepada kami."

Al-Anbiyaa', 90

Telah Tuhanmu khabarkan. Tiga usaha yang bisa mungkin mengkabulkan segalanya. Khusyuklah pada doamu. Setialah pada janjimu. Dan teruskanlah hidupmu dengan kebaikan demi kebaikan. Agar cahaya bisa memenuhi jiwamu. Dan jelaslah masa hadapanmu. 


arthantawi


Aku bukanlah seorang yang hebat bersama ayat-ayat Al-Quran dan hadis, namun aku sentiasa mengerti bahawa hati ini perlukan dorongan cinta. Untuk menggilap kusam-kusam lara, menghampiri cinta-Nya. Ayuh, saat cintamu bertasbih. Mudahkan ia, jelaskan ia. Moga bertemu Tuhanmu penuh redha.

1 comment:

siputsedut said...

salam ziarah kembali...

Post a Comment