Pimpinlah hati itu untuk dimiliki dengan seadanya. Kerna andai ia memecah tatkala bisik istikharah itu bersambut, percayalah tingkatan diri itu kan lebih menjurus kepada sebuah tanggungjawab suci, ia terpelihara. Dan membara menuju kesempurnaan taqwa.
Betapa tersurat Dia firmankan buat hati-hati merindu, bahawa cinta itu harus menimbulkan ufuk-ufuk ketinggian peribadi.
“Maka barangsiapa yang menghendaki, tentulah dia akan memerhatikannya. Di dalam kitab-kitab yang dimuliakan (di sisi Allah).”
12 dan 13, Al-Infithaar
Tersuratnya sebuah cinta yang halal, dan suci itu telah termaktub pada ketentuan terindah Luh Mahfudznya. Ia hanya mendekat pada hati yang saling merindu, saling memperlengkapkan diri demi menuju kesempurnaan diri untuk melihat Allah Maha Suci, suatu hari nanti.
Ia tidak mampu untuk berkata panjang. Ia bangkitkan rasa membuncah untuk berusaha. Kerna cinta bersama kata-kata janji itu cinta seorang pendusta. Seperti seorang penyair Arab, bicaranya:
Apa susahnya bagi seorang pendusta,
Untuk berkata padamu, kuserahkan cinta,
Dia berkata sebenarnya, engkaulah kekasihku,
Sekalipun tak ada KETULUSAN pada dirimu..
Dalam mihrab cinta yang hijabnya terpelihara, ia kumpulkan bara-bara mahabbah yang membina. Bukan merosakkan aqal dan jiwa. Kerna suatu hari, akan diizinkan Allah. Untuk dua hati itu bertemu kembali. Tatkala, tertulisnya sudah bahawa janji Allah itu pasti bersemi.
Dan sungguh, memiliki sekeping hati tidakkan sesukar membajai cinta kepada Rabbi Izzati, andai kalam-Nya sentiasa disentuh, dikucup, dibaca dan diamal hingga menyusup ke dalam jiwa-jiwa yang saling berikhlaskan. Betapa nikmat pendam cinta bersama Ilahi, tatkala alir air-air mata terpelihara.
“ (Iaitu) bagi siapa di antara kamu yang menghendaki menempuh jalan yang lurus. Dan kamu tidak dapat menghendaki(menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan seluruh alam.”
28 dan 29, At-Takwiir
Tidakkah terjentik rasa mahabbah itu, tika terpendamnya saat menanti sekeping hati yang turut sama? Bahawa mencintai Allah bisa dekatkan jarak sebuah kejauhan. Dan sudah tentu, tingkatan taqwa seterusnya bisa sahaja mencairkan rasa itu. Demi cinta kepada Rabbi Izzati yang lebih dinikmati.
“Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu pasti datang, dan Dia adalah Dzat yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
5, Al-Ankabut
Rindu al-Syauq itu rindu yang mengharapkan pertemuan dengan sesiapa yang dicintai. Dan saat mengalir manic-manik biasa dari mata, Dia utuskan malaikat di kanan hamba, untuk dicatat pada Illiyin masing-masing. Ia ikhlas, ia selalu bersembunyi daripandang mata manusia-manusia biasa. Yang terlalu biasa, kerna terlalu merindui untuk bertemu harta, bukan Pencipta yang menciptakan harta hamba.
Kerinduan orang-orang yang berbuat kebaikan terasa lama untuk bertemu dengan-Ku, dan kerinduan-Ku untuk bertemu mereka jauh lebih besar.
(Dokumen Lama Orang Israel Mengenai Persoalan Cinta di bawah cabang Rindu(Al-Syauq)
Benarkanlah cinta itu bertasbih. Saat aqal hamba terjaga, nafsu pun sudah tentu terpelihara. Berperang setiap masa, bersama sepenuh jiwa raga. Bukan semata kerna menantikan cinta si dia yang terpelihara, namun sekadar membina jiwa yang lebih bahagia. Segalanya untuk Pencipta Yang Meniupkan Rasa Cinta. Tika terpendamnya bisa bangkitkan nilai yang mulia, tak pernah terbayar dek harga, sekadar dihembuskan nikmat cinta oleh Dia.
“Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhan-Mu, maka kamu akan menemui-Nya.”
6, Al-Insyiqaaq
Amin.

arthantawi
No comments:
Post a Comment