Pages

Sunday 21 August 2011

Sebuah Cinta Pada Takdir Malam-Mu


Cinta ini, yang aku pupuk kerna sebuah keredhaan abadi..
Cinta ini, yang aku telah dan akan selalu bersedia hadapi kesakitan dan keperihan..

Cinta ini, yang aku tak mampu khabarkan sejauh mana kenikmatan bila jiwa tak mahu berpisahkan..
Cinta ini, sentiasa tersembunyi dari mata duniawi, sentiasa melekat di hati saban waktu aku menanti..

Cinta ini, yang selalu bisikkan aku berlaku baik lalu mencintai kebajikan pada dunia dan isi..
Cinta ini, yang sentiasa semarakkan aku pada air-air suci yang mengalir di bawahnya syurga yang kunanti..

Berdoa sahaja moga cinta ini..
Akan selalu merindui takdir-Mu..

Kerna tiada yang lebih terindah..
Selain amalanku ditampung pada barakah malam-Mu..
Juga selain rahmatmu sehingga mencium luhur saudara fajarku..


arthantawi


Aku bukanlah seorang yang hebat bersama ayat-ayat Al-Quran dan hadis, namun aku sentiasa mengerti bahawa hati ini perlukan dorongan cinta. Untuk menggilap kusam-kusam lara, menghampiri cinta-Nya. Ayuh, saat cintamu bertasbih. Mudahkan ia, jelaskan ia. Moga bertemu Tuhanmu penuh redha.


No comments:

Post a Comment